PULLBACK FOREX BLOG

Informasi | strategy | berita

  • Home
  • Broker Pilihan
    • AMARKETS
    • XM
    • VANTAGE FX
  • PRIVACY POLICY
    • PRIVACY POLICY
    • DISCLAIMER
  • MEMBER'S LOGIN
    • CSPRO SCALPING
    • PULLBACK SWINGTRADING
  • Home
  • FOREX STRATEGY
    • CANDLESTICK
    • SUPPORT RESISTANCE
    • TEKNIK ENTRY
    • REVERSAL DAN CONTINUATION
    • MONEY MANAGEMENT
  • Downloads
    • EBOOK 1
    • EBOOK 2
    • INDICATOR
  • OUR CHANNEL
    • PULLBACK YOUTUBE
    • PULLBACK TELEGRAM

Featured post

Start Your Forex Trading Career

  Embarking on a Forex Trading Career: A Comprehensive Guide The foreign exchange (forex) market, known for its high liquidity and 24-hour a...

Saturday, 14 December 2019

TIPS MUDAH MENJADI SEORANG TRADER BERDISIPLIN DAN MUDAH MEMBUAT TRADING PLAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera traders yang budiman semua!

Tidak dinafikan dalam seminggu boleh berlaku naik dan turun yang membolehkan trader memanfaatkan buy dan sell dalam satu masa. Tetapi ia adakalanya sangat 'tricky' dan sukar untuk dijangka untuk berlaku bahkan dalam masa-masa tertentu ia cuma dalam pergerakan kecil atau sedikit yang hanya tak lebih dari membuatkan trader mengambil risiko yang tidak wajar dan seterusnya mengalami kerugian.

Pada artikel ini, https://pullback-blog.blogspot.com/2019/11/tips-cara-mudah-forex-trading.html admin telah kongsikan tips bagaimana untuk memudahkan trade dan salah-satunya adalah dengan memilih satu jenis entry sahaja iaitu buy sahaja ataupun sell sahaja.


Gambar ini adalah contoh strategy yang anda boleh pilih.

Disebabkan terdapat banyak strategy buy dan sell sudah dicipta maka anda hanya perlu gunakan salah satunya ataupun hanya cari jika peluang untuk guna strategi itu berlaku.

Contohnya anda mahu buy sahaja, anda hanya perlu cari chart pattern yang pro kepada buy ini. Contohnya bullish flag ataupun double/triple bottom.

BACA : TEKNIK-TEKNIK ENTRY

Dari segi candlestick pula anda hanya perlu fokuskan buy signal seperti hammer ataupun bullish engulfing untuk entry buy anda.

Bagaimana pula jika tiada mana-mana pattern ini terbentuk? Jawapannya mudah, anda abaikan sahaja kerana mungkin pilihan buy sahaja anda itu adalah salah. Perlu diingat, tak semestinya perlu trade sepanjang masa dan mungkin anda lebih gembira jika pada ketika loss itu anda tidak mengambil trade. Pasti ramai pernah mengalami situasi ini sambil berkata, 'kalaulah tidak buy atau sell tadi pasti taklah rugi besar..'

Candlestick Pattern

Candlestick pattern adalah elemen penting yang wajib dipelajari oleh trader jika anda trade dan menganalisa menggunakan chart teknikal.

Terdapat banyak, tetapi cuma berberapa sahaja yang perlu tahu terutamanya candle pattern yang kerap digunakan. Contoh pada gambar di bawah;



Contoh chart pattern

Berikut contoh gambar chart pattern yang anda boleh gunakan untuk strategi yang anda pilih.



Untuk senarai penuh sila ke sini : https://pullback-blog.blogspot.com/2019/11/chart-pattern.html 

Bagaimana cara ini membantu anda berdisiplin?

Ia boleh membantu anda berdisiplin dengan cara melatih anda menjadi trader yang tetap pendirian. Caranya, jika anda pilih buy, anda mestilah hanya fokus kepada buy walaupun market jatuh. Sekiranya anda tidak tetap pendirian, maka anda akan mengubah plan anda dari buy kepada sell. Jika anda memilih sell, anda tidak boleh mengubah kepada buy pula tidak kira apa yang berlaku. Adakah anda dikira tetap pendirian jika anda kerap mengubah plan?

...katalah anda memilih plan buy tetapi mengubah kepada sell kerana terlihat price jatuh...

Jika trend kembali ke asal iaitu naik, di sinilah anda akan mula kerugian akibat dari masalah disiplin anda. Ini kerana hampir mustahil untuk kita bergerak seiring dengan perubahan semasa trend. Jika benar boleh sentiasa seiring dengan trend, maka tiadalah situasi false break atau false signal.

Apabila anda menjadi seorang yang tidak tetap pendirian iaitu, sekejap buy dan sekejap nanti tukar kepada sell, anda akan terdedah dengan masalah lewat entry iaitu sell low dan buy high. Setiap candle signal perlukan jarak confirmation dan ini boleh menyebabkan anda lewat entry. Ini akan diterangkan di akhir artikel ini.

Disebabkan sudah kerugian akibat tindakan anda itu, kini anda terlibat pula masalah emosi. Trader yang bergelut dengan masalah emosi ini sentiasa mencuba untuk membalas dendam untuk cover cepat loss terdahulu dengan cepat. Sekarang keyakinan anda mula pudar dengan teknik anda jika usaha balas dendam itu gagal. Apa yang akan berlaku seterusnya adalah anda akan menukar teknik dan mencari teknik yang boleh bagi 99% ketepatan dan segera kaya-raya.

Dari manakah punca semua ini? Jawapannya adalah pada permulaan cara anda memasuki market iaitu memilih buy ataupun sell.

Dengan memilih satu jenis entry, anda hanya tinggal mencari entry yang berkaitan jenis entry pilihan anda itu. Inilah dipanggil sebagai strategi. Memilih strategi yang betul akan memudahkan anda lebih fokus dan seterusnya memudahkan pula perjalanan trading anda.

Kenapa jangan cuba-cuba lawan arah trend?

Penerangan:


Lihat gambar di atas, dari situasi ini dapat dilihat AUDUSD dalam keadaan downtrend selama dua bulan. Awal bulan berikutnya sudah terbentuk bullish trend melalui formasi candle hammer dan engulfing. Disebabkan major trend adalah downtrend. Maka fokus utama mestilah sell bukan?

Oleh itu anda mestilah memilih sell dan bukannya buy. Trader yang berdisiplin hanya akan menunggu sell signal terbentuk terlebih dahulu kemudian barulah entry sell berdasarkan trend yang sudah terbentuk itu. Anda perlu melatih diri anda untuk hanya membuat entry jika terbentuknya sell signal, dari sinilah anda akan menjadi trader berdisiplin kerana peraturan memilih satu jenis entry ini adalah hanya akan membuat entry jika signal entry hanya mengikuti pilihan yang dibuat.

Dalam proses ini anda akan mengabaikan peluang entry yang mungkin memberikan peluang profit buy sementara menunggu sell terbentuk.

Akan tetapi perlu diingat, anda mungkin berdepan risiko terlewat entry jika anda mengubah plan. Oleh itu lebih baik sahaja mengikuti plan asal berdasarkan trend. Ingat, sebagai trader, anda perlulah mengikuti trend dan bukannya melawan trend.


Lihat 2 sebab utama untuk sell, iaitu double top dan pattern engulfing yang terbentuk. Oleh itu anda bolehlah membuat sell kerana signal entry ini selari dengan plan asal iaitu sell.

Lihat hasilnya.


Price jatuh lebih 300 pip dan ini lebih baik dari kenaikan 100 pip. Itupun mungkin sudah terlewat masuk dan mungkin berakhir dengan buy di kawasan resistance yang terbentuk sell itu.

Kenapa tidak digalakkan menukar plan sekejap buy sekejap nanti sell?

Lihat risiko-risiko yang mungkin anda tidak mahu terkena akibat tidak tetap pendirian.

Perhatikan trend menaik atau uptrend, signal lawan arah terbentuk tetapi invalid. Inilah sebabnya kenapa perlu pilih satu entry sahaja dan jangan tukar kepada plan lain. Ini kerana belum tentu ia valid.


Lihat trend menurun atau downtrend, signal buy juga terbentuk tetapi ia tidak lebih dari false signal yang tidak memberikan peluang profit.

Trader yang tidak berdisiplin akan sering mengubah-ubah strategi dan akan terperangkap dalam signal yang salah. Jika trader itu enggan cutloss, lihatlah bagaimana plan asal yang sepatutnya berjaya bertukar rugi besar.

Bukankah lebih untung besar jika pada signal buy ini entry sell ditambah. Betul tak?

Akhir kata..

Okeylah sampai di sini dahulu. Admin sudah dedahkan sedikit, selebihnya biarlah para pembaca membuat backtest untuk memantapkan pemahaman.

Semoga berjaya.

-ADMIN-



P/S: Anda yang masih mencari-cari teknik yang sesuai bolehlah join membership admin sempena promosi akhir tahun ini. Support group disediakan untuk anda.

By nazz at December 14, 2019
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: artikel, tips

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Total Pageviews

53102

Translate


Real-Time-Chart

EURUSD Chart by TradingView

Popular Posts

  • Start Your Forex Trading Career
      Embarking on a Forex Trading Career: A Comprehensive Guide The foreign exchange (forex) market, known for its high liquidity and 24-hour a...
  • Trading the S&P 500 and Dow Jones Industrial Average (DJIA)
    Foto: Freepik Trading the S&P 500 and Dow Jones Industrial Average (DJIA) can be approached in various ways, and it's important to n...
  • Polis tumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex dan kripto
    Kuala Lumpur: Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex GHC dan kripto dengan penahanan 10 individu termasuk dalangnya berusia 43 ...
  • INDIKATOR PIVOT POINT
    KLIK SINI
  • correlation trading strategy
    A correlation trading strategy involves taking advantage of the relationships between two or more assets, anticipating how changes in the va...

Blog Archive

  • May 2024 (1)
  • January 2024 (1)
  • December 2023 (3)
  • February 2023 (1)
  • December 2020 (3)
  • November 2020 (2)
  • September 2020 (1)
  • August 2020 (3)
  • July 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • January 2020 (5)
  • December 2019 (16)
  • November 2019 (6)
  • October 2019 (2)
  • August 2019 (1)
AMarkets

Hubungi Kami | Contact Us

Name

Email *

Message *

Copyright © 2025 PULLBACK FOREX BLOG | Powered by Blogger
Design by Hardeep Asrani | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates