PULLBACK FOREX BLOG

Informasi | strategy | berita

  • Home
  • Broker Pilihan
    • AMARKETS
    • XM
    • VANTAGE FX
  • PRIVACY POLICY
    • PRIVACY POLICY
    • DISCLAIMER
  • MEMBER'S LOGIN
    • CSPRO SCALPING
    • PULLBACK SWINGTRADING
  • Home
  • FOREX STRATEGY
    • CANDLESTICK
    • SUPPORT RESISTANCE
    • TEKNIK ENTRY
    • REVERSAL DAN CONTINUATION
    • MONEY MANAGEMENT
  • Downloads
    • EBOOK 1
    • EBOOK 2
    • INDICATOR
  • OUR CHANNEL
    • PULLBACK YOUTUBE
    • PULLBACK TELEGRAM

Featured post

Start Your Forex Trading Career

  Embarking on a Forex Trading Career: A Comprehensive Guide The foreign exchange (forex) market, known for its high liquidity and 24-hour a...

Showing posts with label GBPUSD. Show all posts
Showing posts with label GBPUSD. Show all posts

Friday, 14 August 2020

GBPUSD MENANTI BREAKOUT

 


GBPUSD menantikan breakout. Break atas cloud ia akan naik, break bawah ia akan turun tetapi di bawah cloud ada support 1.3000 kini menjadi major support. Jika break bawah, ia akan turun. Jika reject ia akan naik.

ADMIN

By nazz at August 14, 2020 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: GBPUSD

Monday, 3 February 2020

GBPUSD MELEMAH SEMASA SESI LONDON OPEN


GBPUSD melepasi kawasan RBS terdekat(dalam kotak) seperti dalam gambar dan terus jatuh ke support 38.2 fibo iaitu di 1.3064.

Plan asal buy seperti yang dipostkan di sini https://pullback-blog.blogspot.com/2020/02/gbpusd-naik-sampai-mana.html masih valid namun belum mempunyai trigger point lagi. Trade plan ini akan dikira invalid jika GU break support 1.3000.

Selagi belum break, trade plan buy masih sah dan hanya menunggu setup sahaja berdasarkan break TL ataupun candle reversal signal(CRS).

admin akan terus postkan update di masa akan datang. Stay tune!

-admin-
By nazz at February 03, 2020 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: BREXIT, GBPUSD

GBPUSD NAIK SAMPAI MANA?

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera semua pembaca sekalian.


Hari ini 03 febuari 2020 merupakan hari bekerja pertama selepas Brexit sepenuhnya untuk UK pada tahun ini. Pair GU juga sudahpun naik tinggi dan entry buy sebelum ini sudah pun sukses profit.

Untuk pair GBPUSD, admin masih dalam buy lagi. Anda boleh ikuti setup fibonacci admin dengan melukis secara sama dan tepat kedudukan fibo admin.

Sasaran admin adalah buy di atas 1.3150 ataupun 1.31000 berdasarkan candlestick reversal di H1 atau H4. Exit area adalah di 200.0 dan 261.8 extension level. kedudukan price mungkin berbeza untuk broker lain oleh itu admin cuma jadikan ext ini sebagai hint exit point sahaja.

Note: Buy akan dibuat jika candlestick reversal terbentuk. Jika tiada sila abaikan. ada kemungkinan price akan turun retest 1.3000 semula

Jika mahu belajar setting fibonacci anda, sila ke artikel ini.

Untuk perhatian, entry buy ini sudah pun dimulakan pada disember tahun lepas lagi dan selepas memakan sedikit masa dan berberapa false movement akhirnya ia naik dan kini dalam stuktur uptrend.

Flashback

Sedikit imbas kembali berberapa event penting dan trade plan untuk pair gbpusd dan gbpjpy:

03 disember 2019 - https://pullback-blog.blogspot.com/2019/12/gbpusd-telah-retest-13000-tetapi.html

04 disember 2019 - https://pullback-blog.blogspot.com/2019/12/pesta-pips-di-gbpusd.html

12 disember 2019 - PM Boris Johnson memenangi pilihanraya umum di UK dan seterusnya menambah keyakinan untuk BREXIT pada januari 2020 nanti. Pair GBPUSD naik 290 pip dalam masa kurang sejam.


13 disember 2019 - https://pullback-blog.blogspot.com/2019/12/awal-pagi-gbpjpy-terbang-tinggi.html

14 disember 2019 - masih dalam plan buy https://pullback-blog.blogspot.com/2020/01/gbpusd-buy-awal.html

10 Januari 2020 - Berita mengenai BREXIT sebelum 01 febuari 2020, GBP dijangka akan naik tinggi. Signal ini diberikan pada group private.

30 januari 2020 - Bank rate Unchange, GBPxxx melonjak naik!


Sebelum news release sebenarnya sudah kelihatan signal buy awal. Oleh itu ini petanda jelas minat trader secara majoritinya adalah buy dan bukannya sell seperti yang dikhabarkan iaitu kononnya akan ada cut rate. So jelaslah ada sudah yang tahu data awal ini dan sudah memasuki awal pasaran hingga ia terbentuknya reversal.

Demikianlah sedikit timeline ringkas mengenai live trading admin mengenai pair gbp ini dan bagaimana admin membuat plan, mengambil maklumat dan menyerapkannya ke dalam trading plan harian.

Semoga sedikit sebanyak dapatlah menambah pengetahun pembaca mengenai trading teknikal dan fundamental ini.

Perbincangan dan update terkini serta pantas akan diberikan di group private, oleh itu jika anda adalah salah seorang member dalam group rajin-rajinlah jenguk group untuk belajar.

Bagi anda yang mahu menyertai bolehlah ke halaman ini untuk join.

Sekian.

-ADMIN-
By nazz at February 03, 2020 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: BREXIT, GBPUSD

Thursday, 23 January 2020

GU DAH NAIK TAPI...

Pada entry sebelum ini admin sudah kongsikan entry awal admin iaitu buy GBPUSD. Pair ini sudah break trendline tapi pada hari ini ia agak slow dan tak banyak pergerakan yang dapat dilihat.
GU ada potensi buy lagi jika pullback atas 1.3100 atas faktor SNR iaitu ia sudah menjadi RBS.

baca : https://pullback-blog.blogspot.com/2020/01/gbpusd-buy-awal.html

Admin akan update lagi di waktu yang lain.

-ADMIN-
By nazz at January 23, 2020 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: GBPUSD

Tuesday, 14 January 2020

GBPUSD BUY AWAL


Salam semua..

Minggu ke-3 dalam januari 2020, admin plan untuk buy GBPUSD dengan 1.3494/1.3500 sebagai sasaran.

1 halangan yang menjadi rintangan utama adalah major TL selepas TL tebal perlu ditembusi. Jika berjaya maka ada harapan sikit la untuk ke sasaran.

Akan tetapi trade ini akan ditutup manually jika price terus drop bawah 1.2900 atau jika ia naik tetapi signal sell terbentuk di D1 atau H4.

Let see adakah plan ini berjaya atau sebaliknya.

-ADMIN-
By nazz at January 14, 2020 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: GBPUSD

Wednesday, 1 January 2020

REZEKI NEW YEAR 2020


Alhamdulillah..

Di awal tahun ini admin ucapkan selamat tahun baru 2020 dan semoga tahun ini tahun gemilang untuk kita semua. amin..


Sempena tahun baru ini nampaknya bull market sedang melanda pair GBPUSD. Seperti yang dianalisa sebelum ini, GU dijangka akan naik namun tidaklah pergi ke entry point.


analisa terdahulu : https://pullback-blog.blogspot.com/2019/12/analisis-311219.html

Mujurlah admin sempat semak kedudukan price dan pivot. Kaedah pivot point ini secara tak langsung membantu untuk entry tepat pada waktunya, oleh itu kaedah klasik ini juga wajat anda pelajari.

Alhamdulillah, dapatlah sedikit profit hasil entry ini.

-ADMIN-
By nazz at January 01, 2020 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: GBPUSD

Tuesday, 31 December 2019

ANALISIS 31/12/19

Assalamulaikum wbt dan Salam sejahtera semua pembaca sekalian.

Admin ingin kongsikan serba sedikit trade plan admin untuk minggu ini dari 31/12/19 hingga 03/01/20

GBPUSD

GBPUSD kembali di atas 1.3000 selepas retest bawah 1.2950. Kenaikan ini memberikan hint ia bakal naik semula selepas krismas lepas.

Entry pilhan admin : Buy pada pullback di area 1.3100 atau 1.3000. Tf sesuai adalah H1 ataupun H4. SL di 1.2990. TP area 1.3300.

USDJPY

USDJPY break major trendline. Ia petanda kepada downtrend di permulaan trend. Akan tetapi sebelum ia memulakan penurunan, ia perlulah membentuk stuktur downtrend iaitu pullback semula di bawah trendline atau 109.27.

Plan admin : Sell jika retest semula broken trendline atau 109.27. SL area adalah 10 pip di atas 109.30. TP area 108.00

Penafian : Kesemua trade plan ini adalah berdasarkan satu pilihan arah sahaja iaitu buy sahaja atau sell sahaja, bertujuan untuk pembelajaran dan bukannya nasihat pelaburan/perdagangan anda.

-ADMIN-
By nazz at December 31, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: GBPUSD, USDJPY

Friday, 27 December 2019

3 CANDLE REVERSAL BAGI 1K USD PROFIT

Hari ni Jumaat, 27/12/19, buy signal terbentuk di TF D1 di mana formasi 3 candle reversal terbentuk. Peluang ini di manfaatkan sepenuhnya dengan membuka buy trade di atas daily pivot.

Pada waktu artikel ini ditulis, price sudah pun menghampiri R3. Adakah ia mampu mencapainya atau bakal reversal ke bawah? Apa-apa pun yang penting sudah breakeven. Jika terdapatnya cs reversal(sell), maka entry ini akan ditutup manual.





UPDATE : Trade ini akhirnya TP pada jam 10pm



Bagi yang mahu belajar lebih lanjut bolehlah muat-turun secara percuma di halaman ini.


Yang tulus, ikhlas,

ADMIN
By nazz at December 27, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: BREXIT, GBPUSD

Monday, 16 December 2019

ANALISIS 16/12/19


Assalamulaikum wbt dan Salam sejahtera semua pembaca sekalian.

Admin ingin kongsikan serba sedikit trade plan admin untuk minggu ini dari 16/12/19 hingga 20/12/19.

Kesemua trade plan ini adalah berdasarkan satu pilihan arah sahaja iaitu buy sahaja atau sell sahaja. Teknik ini digunakan di satu akaun khas sahaja agar dapat melihat keberkesanannya. Jangan campur-aduk di akaun lain tertutamanya akaun scalping yang memungkinkan buy dan sell dibuat.

Analisis ini valid selagi stuktur tidak break.

GBPUSD


GBPUSD bergerak uptrend selepas Pilihanraya minggu lepas. Berdasarkan fibonacci dan SNR admin kenal-pasti BRN 1.3300 dan 1.3220 sebagai potensi support untuk buy jika price menguji area ini dan gagal untuk tembusinya. gagal bermaksud akan berlaku rejection.

Komen admin : Pergerakan naik dijangka akan berterusan pada minggu ini, bulan ini hingga januari nanti. oleh itu plan adalah buy sahaja untuk pair ini untuk tempoh ini selagi tiada stuktur kukuh untuk menjadi downtrend.

Jika tembus maka trade plan buy ini akan gagal.

EURUSD


EURUSD rejected di resistance 1.11745. Pair ini bergerak dalam sideways, oleh itu ia sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk buy dan sell berdasarkan tanda A dan B. Untuk waktu ini sell boleh dibuat jika price retest semua 1.11745 ini dan rejected. Entry buy pula boleh dibuat jika price turun dan rejected atas 1.1109 area.

Pilihan admin : Admin pilih buy sahaja, oleh itu admin akan lihat potensi buy di kawasan bertanda B.

Invalid buy jika price break kawasan bertanda B iaitu di 1.1109 atau BRN 1.11000

AUDUSD


AUDUSD naik mendadak minggu lepas kemudian berlaku penurunan setelah menyentuh kawasan resistance 0.6933, di atas BRN 0.6900. Akan tetapi dalam masa yang terdapat kawasan support RBS di bawahnya iaitu di 0.6855. Kawasan ini menjadi kawasan terbaik untuk entry buy berdasarkan kenaikan minggu lepas.

Pilihan admin : Buy jika rejected di kawasan ini atau, kekal buy semula jika price break tetapi rejected di 0.6833.

USDCAD


Pair ini turun pada minggu lepas dan secara tidak langsung trigger stoploss para buyers Awal minggu ini ia agak bearish dan best entry boleh dibuat jika retest dan reject di 1.3150. Invalid sell jika price naik dan close di atas 1.3150.

Komen admin : trend akan bersambung downtrend jika break 1.3108. Next fibo 0.0 akan menjadi target profit.

EURJPY


EURJPY naik dan break strong resistance 121.32. Trend secara jelas adalah uptrend. Oleh itu kawasan RBS 121.32 dan 120.90 atau BRN 121.00 akan menjadi kawasan terbaik untuk buy semula berdasarkan trend ini.

Komen admin : Invalid buy jika price jatuh semula di bawah 121.000 atau 120.000 kemudian ia pullback ke bawah. Trend akan menjadi downtrend semula. Perhatikan candle Monthly, ia akan menjadi bearish fakey.

USDJPY


USDJPY menguat pada minggu lepas, berdasarkan timeframe weekly trend juga adalah uptrend. Oleh itu plan adalah buy sahaja kecuali break kawasan yang ditanda sebagai best entry.

Pilihan admin : 1st best entry adalah jika reject di 108.96/109.00, Jika break, maka best entry berikutnya adalah 108.83

Akhir kata...

Analisa ini adalah pendapat peribadi admin berdasarkan pengalaman admin selama 10 tahun dalam forex trading. Ia tak semestinya tepat dan perlu anda ikuti. Jadikan sebagai pembelajaran sahaja.
Abaikan analisa ini jika perlu.

ADMIN
16/12/19
By nazz at December 16, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: AUDUSD, EURJPY, EURUSD, GBPUSD, USDCAD, USDJPY

Friday, 13 December 2019

MENGESAN OVERBOUGHT DAN OVERSOLD TANPA INDIKATOR TEKNIKAL


Anda pernah dengar mengenai Overbought dan Oversold? Jika belum pernah, ia adalah merujuk kepada reversal trend.

Terdapat indikator petunjuk untuk dapatkan entry overbought dan oversold ini iaitu RSI, STOCHASTIC, WILLIAM PERCENTAGE dan lain-lain..

Tapi tahukah anda, dengan melihat pergerakan naik atau turun mendadak dalam masa sehari itu juga membawa kan signal reversal overbought/oversold ini.

Syaratnya cukup mudah;

  1. Pergerakan lebih 200-300 pips dalam masa itu, tetapi adakalanya juga boleh mencecah hingga 400-500 pips.
  2. Sentuh nombor genap ataupun major SNR di TF D1 atau Weekly.
  3. Bounce di level itu atau berlaku 2 atau 3x retest.

Entry

Entry akan dibuat lawan arah tersebut. Namun entry cuma sekadar scalping sahaja dan tidak boleh TP yang besar.

Cutloss/SL

Sila letak SL di hujung reversal atau cutloss manual jika trend masih meneruskan perjalanan dan break high atau low di nombor genap atau SNR major tersebut.


TIPS

Walaupun matlamat utama adalah tidak menggunakan indi namun anda boleh filter atau buat double confirmation analisa anda dengan indikator overbought/oversold. Jika sudah cukup syarat untuk reversal seperti yang diterangkan di atas, anda lihat pula kepada indikator anda adakah ia juga dalam situasi yang sama. Jika YA, bermakna anda tepat dan boleh mengambil entry berdasarkan setup tersebut.



Ohya sebelum terlupa, anda boleh gunakan TF H1 ataupun H4 untuk lihat confirmation indi anda. Dalam gambar saya gunakan RSI sebab RSI ni jarang membentuk signal tak macam stochastic. Tapi dua-dua masih boleh digunakan sebagai confirmation.

Ingat, cuma confirmation, bukan mencari signal guna indi tu.

Sekian,

Semoga bermanfaat!

-ADMIN-










By nazz at December 13, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: BREXIT, GBPUSD

TRADE FULL MARGIN GUNA PIVOT


Pivot point adalah satu kaedah klasik yang sangat powerful jika tahu menggunakannya. Lihat gambar di atas di mana sell dibuat apabila pullback selepas break bawah Pivot.

Exit trade dibuat pada S1 atau support 1.


Lihat apa berlaku selepas menyentuh S1. Berlaku rejection, oleh itu secara tidak langsung ia menjelaskan bahawa di atas S1 bukanlah tempat terbaik untuk sell.

Lihat bagaimana nak sell di area ini.


Entry sell dibuat sekali lagi apabila price break dan pullback di bawah S1. Oleh itu S1 bertindak sebagai resistance setelah break.

Download indikator ini di sini > https://pullback-blog.blogspot.com/search/label/indicator

Andaikata anda tertanya-tanya apa timeframe sesuai dan indikator tambahan sesuai?

Berikut jawapan admin;
  • TF sesuai M30, M15 dan M5
  • Indi yang admin gunakan adalah EMA200 dan EMA50
Okeylah, 

Sampai di sini dulu perkongsian ringkas dari admin. Jumpa lagi di entry yang berikutnya.

Sekian,

-ADMIN-





By nazz at December 13, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: FULL MARGIN, GBPUSD

Wednesday, 4 December 2019

PESTA PIPS DI GBPUSD

Single pair boleh bagi banyak profit asalkan tahu caranya dan ia tak semestinya susah. Yang penting tahu arahnya dah cukup. Selebihnya terpulang strategi MM masing-masing.

Nak tahu cara kena arahnya kenalah rajin-rajin menuntut ilmu. Nak cari ilmu forex ni tak susah. Ia ada di merata tempat dan tak semestinya berbayar. Tapi kalau nak yang lebih serius kenalah bayar upah sikit.. Yang penting tuntut ilmu tu di jalan yang berkat. Barulah profit pun mudah. :)





Dalam menuntut ilmu, paling penting selepas kelas mestilah ada followup ataupun ada sesi live trade harian. Kalau tak nanti susah pula terkapai-kapai seorang.

Betul tak?

Nak join group live trade sila ke www.cspro.pullbackforextrading.com


-ADMIN-
By nazz at December 04, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: GBPUSD

Tuesday, 19 November 2019

GBPUSD BAKAL RETEST 1.30000 SEMULA

GBPUSD Kembali uptrend selepas rejected atas support level 1.2775. Berdasarkan keadaan ketika ini, ada kemungkinan pair ini akan retest semula level psikologi iaitu 1.3000 yang sebelum ini pernah menjadi strong resistance dan menghalang kenaikan mendadak pada bulan lepas iaitu oktober.

Candle Daily masih belum membentuk signal entry melainkan hanya lanjutan pergerakan dari morning star pattern di atas support 1.2775 sebelum ini. Jika buyers sebelum ini close posisi buy di area psikologi, maka ada kemungkinan berlaku penurunan tajam.

Akan tetapi jika buyer melihat itu sebagai peluang untuk membeli harga lebih murah dan membuat entry besar-besaran, GBPUSD akan naik dan break 1.3000 level.

TP area berikutnya adalah di resistance 1.3170. BRN terdekat pula adalah 1.3100 iaitu 100pips di atas level psikologi 1.3000 akan menjadi 1st TP dan 1.3170 menjadi 2nd TP.

-ADMIN-

By nazz at November 19, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: GBPUSD

Wednesday, 16 October 2019

GBPUSD BAKAL MENUJU KE 1.3000?

GBPUSD pada ketika ini berada di 1.2755 setelah menyentuh area 1.2800. Jika momentum bullish berterusan sebelum 19 oktober ini, ia ada kemungkinan untuk terus naik ke 1.3000 samada sebelum ataupun selepas 19 oktober nanti.

Untuk makluman, 19 oktober ini adalah persidangan parlimen UK berkenaan BREXIT. Jika ia memberikan berita baik kepada matawang pound sterling ini, ia boleh naik lebih tinggi dari paras psikologi 1.3000 ini.

1.3150 akan menjadi rintangan besar selepas 1.3000 area. Jika berjaya menembusinya, ia adalah kemungkinan besar untuk naik lebih tinggi lagi.

Jika berlaku penurunan pula pada minggu ini atau dalam waktu terdekat ini, perhatikan 1.2700 area dan juga 1.2500 sebagai support untuk buying back pair ini.

ADMIN
By nazz at October 16, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: GBPUSD

Monday, 7 October 2019

ANALISA 07/10/19

Salam All Readers!

XAUUSD, EMAS

Emas kini berada di sekitar paras harga 1500.00 setelah berada dalam uptrend bermula dari 05 ogos lepas. Tiada new high selepas harga mencecah 1557.17 dan kini telah berlaku penurunan ke 1500.00 semula. Channel downtrend telah terbentuk namun jika dilihat berdasarkan overall trend, emas masih lagi dalam rally uptrend.

Point penting untuk uptrend adalah jika price boleh break channel dan pullback atas resistance 1531.68 kerana ia adalah rintangan sebelum ini yang gagal ditembusi oleh kenaikan emas sebelum ini yang membawa kepada kejatuhannya ke 1460.00.

Harga melonjak semula ke 1500.00 dan akhirnya berjaya closed di atas paras ini iaitu di 1504.92. Trade plan adalah buy jika harga ditutup di atas 1531.00

Jika harga emas jatuh di bawah paras 1500.00, ia akan cenderung kepada sell. Lower channel akan menjadi target dan akan kembali naik jika gagal tembusinya.

GBPUSD

Pair ini masih downtrend setakat ini di mana ia telah rejected di bawah 1.2400. Entry sell akan dibuat jika harga break di bawah paras 1.2282 dengan target sekitar 1.2123. SL akan diletakkan di 1.2380.

Kenaikan mungkin akan berlaku dan trade plan ini invalid jika harga menembusi trendline atas atau downtrendline dan seterusnya closed di 1.2450.

EURUSD

Pair ini masih lagi dalam downtrend walaupun pada minggu lepas berlaku retracement. Kenaikan ini berhenti di bawah harga SBR 1.0997 dan terbentuknya dua candle rejection.

DTL atau downtrendline masih lagi 'hold' downtrend selagi belum break. Jika berlaku breakout maka trade plan sell adalah terbatal.

Entry sell akan dibuat jika candle isnin di TF D1 closed sebagai bearish dengan 1.0896 menjadi target profit area. SL adalah di sekitar 1.1005

Akan tetapi break DTL akan menjadi confirmation uptrend. Oleh itu trend akan berubah kepada buy.

AUDUSD

Pair ini dalam keadaan sideways namun berdasarkan minggu lepas ia telahpun rejected di kawasan support 0.6687. Trade plan adalah buy jika break DTL dengan TP di sekitar 0.6875. SL adalah di 0.6729


Tonton video analisa di bawah;




Sekian,
ADMIN




By nazz at October 07, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: AUDUSD, EURUSD, GBPUSD, XAUUSD
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Total Pageviews

53205

Translate


Real-Time-Chart

EURUSD Chart by TradingView

Popular Posts

  • INDIKATOR PIVOT POINT
    KLIK SINI
  • Polis tumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex dan kripto
    Kuala Lumpur: Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex GHC dan kripto dengan penahanan 10 individu termasuk dalangnya berusia 43 ...
  • Trading the S&P 500 and Dow Jones Industrial Average (DJIA)
    Foto: Freepik Trading the S&P 500 and Dow Jones Industrial Average (DJIA) can be approached in various ways, and it's important to n...
  • correlation trading strategy
    A correlation trading strategy involves taking advantage of the relationships between two or more assets, anticipating how changes in the va...
  • Start Your Forex Trading Career
      Embarking on a Forex Trading Career: A Comprehensive Guide The foreign exchange (forex) market, known for its high liquidity and 24-hour a...

Blog Archive

  • May 2024 (1)
  • January 2024 (1)
  • December 2023 (3)
  • February 2023 (1)
  • December 2020 (3)
  • November 2020 (2)
  • September 2020 (1)
  • August 2020 (3)
  • July 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • January 2020 (5)
  • December 2019 (16)
  • November 2019 (6)
  • October 2019 (2)
  • August 2019 (1)
AMarkets

Hubungi Kami | Contact Us

Name

Email *

Message *

Copyright © 2025 PULLBACK FOREX BLOG | Powered by Blogger
Design by Hardeep Asrani | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates