Featured post
Start Your Forex Trading Career
Embarking on a Forex Trading Career: A Comprehensive Guide The foreign exchange (forex) market, known for its high liquidity and 24-hour a...
Monday 3 February 2020
GBPUSD MELEMAH SEMASA SESI LONDON OPEN
GBPUSD melepasi kawasan RBS terdekat(dalam kotak) seperti dalam gambar dan terus jatuh ke support 38.2 fibo iaitu di 1.3064.
Plan asal buy seperti yang dipostkan di sini https://pullback-blog.blogspot.com/2020/02/gbpusd-naik-sampai-mana.html masih valid namun belum mempunyai trigger point lagi. Trade plan ini akan dikira invalid jika GU break support 1.3000.
Selagi belum break, trade plan buy masih sah dan hanya menunggu setup sahaja berdasarkan break TL ataupun candle reversal signal(CRS).
admin akan terus postkan update di masa akan datang. Stay tune!
-admin-
GBPUSD NAIK SAMPAI MANA?
Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera semua pembaca sekalian.
Hari ini 03 febuari 2020 merupakan hari bekerja pertama selepas Brexit sepenuhnya untuk UK pada tahun ini. Pair GU juga sudahpun naik tinggi dan entry buy sebelum ini sudah pun sukses profit.
Untuk pair GBPUSD, admin masih dalam buy lagi. Anda boleh ikuti setup fibonacci admin dengan melukis secara sama dan tepat kedudukan fibo admin.
Sasaran admin adalah buy di atas 1.3150 ataupun 1.31000 berdasarkan candlestick reversal di H1 atau H4. Exit area adalah di 200.0 dan 261.8 extension level. kedudukan price mungkin berbeza untuk broker lain oleh itu admin cuma jadikan ext ini sebagai hint exit point sahaja.
Note: Buy akan dibuat jika candlestick reversal terbentuk. Jika tiada sila abaikan. ada kemungkinan price akan turun retest 1.3000 semula
Jika mahu belajar setting fibonacci anda, sila ke artikel ini.
Untuk perhatian, entry buy ini sudah pun dimulakan pada disember tahun lepas lagi dan selepas memakan sedikit masa dan berberapa false movement akhirnya ia naik dan kini dalam stuktur uptrend.
Flashback
Sedikit imbas kembali berberapa event penting dan trade plan untuk pair gbpusd dan gbpjpy:03 disember 2019 - https://pullback-blog.blogspot.com/2019/12/gbpusd-telah-retest-13000-tetapi.html
04 disember 2019 - https://pullback-blog.blogspot.com/2019/12/pesta-pips-di-gbpusd.html
12 disember 2019 - PM Boris Johnson memenangi pilihanraya umum di UK dan seterusnya menambah keyakinan untuk BREXIT pada januari 2020 nanti. Pair GBPUSD naik 290 pip dalam masa kurang sejam.
13 disember 2019 - https://pullback-blog.blogspot.com/2019/12/awal-pagi-gbpjpy-terbang-tinggi.html
14 disember 2019 - masih dalam plan buy https://pullback-blog.blogspot.com/2020/01/gbpusd-buy-awal.html
10 Januari 2020 - Berita mengenai BREXIT sebelum 01 febuari 2020, GBP dijangka akan naik tinggi. Signal ini diberikan pada group private.
30 januari 2020 - Bank rate Unchange, GBPxxx melonjak naik!
Sebelum news release sebenarnya sudah kelihatan signal buy awal. Oleh itu ini petanda jelas minat trader secara majoritinya adalah buy dan bukannya sell seperti yang dikhabarkan iaitu kononnya akan ada cut rate. So jelaslah ada sudah yang tahu data awal ini dan sudah memasuki awal pasaran hingga ia terbentuknya reversal.
Demikianlah sedikit timeline ringkas mengenai live trading admin mengenai pair gbp ini dan bagaimana admin membuat plan, mengambil maklumat dan menyerapkannya ke dalam trading plan harian.
Semoga sedikit sebanyak dapatlah menambah pengetahun pembaca mengenai trading teknikal dan fundamental ini.
Perbincangan dan update terkini serta pantas akan diberikan di group private, oleh itu jika anda adalah salah seorang member dalam group rajin-rajinlah jenguk group untuk belajar.
Bagi anda yang mahu menyertai bolehlah ke halaman ini untuk join.
Sekian.
-ADMIN-
Tuesday 28 January 2020
PANIK AKIBAT VIRUS CORONA, SAHAM, MINYAK, YUAN SELLOFF, YEN DAN EMAS MENGUKUH
SELLOFF SAHAM, BELI SAFE HAVEN
Saham A.S. mengalami hari yang paling teruk dalam tempoh tiga bulan pada hari Isnin memandangkan China memperluaskan cuti Tahun Baru Imlek disebabkan oleh wabak virus, membangkitkan kebimbangan mengenai kesan ekonomi usaha membendung dalam ekonomi kedua terbesar di dunia.Penanda aras S & P 500 menderita prestasi mingguan terburuk sejak September tahun lepas.
Minyak dunia
Harga minyak mentah jatuh di bawah AS $ 60 buat pertama kalinya dalam tempoh hampir tiga bulan pada hari Isnin (27 Jan), kerana angka kematian akibat coronavirus China meningkat dan lebih banyak perniagaan terpaksa ditutup, dengan menjana jangkaan permintaan minyak yang perlahan.
Minyak mentah Brent turun US $ 1.40 setong pada US $ 59.29 pada 1406 GMT, terendah sejak akhir Oktober dan penurunan terbesar sejak 8 Jan.
Minyak mentah AS turun US $ 1.05 pada AS $ 53.14 setong. Kedua-dua kontrak sebelum ini jatuh lebih daripada 3%.
Pertukaran saham global juga jatuh apabila para pelabur semakin semakin cemas tentang krisis yang semakin meluas. Permintaan meningkat terhadap aset selamat, seperti yen Jepun dan nota Perbendaharaan.
S&P 500
SPX atau S&P500 dibuka rendah pada isnin kerana kebimbangan penularan virus Corona.
Dowjones:
FBMKLCI:
Oil:
Harga minyak jatuh ke paras terendah.
USDCNY(YUAN):
Perlemahan Yuan dapat dilihat melalui pengukuhan USDCNY.
Komen admin:
Akibat panik yang melanda ini, minat pelabur beralih ke Emas(xauusd) dan juga Yen.
APA YANG KITA BOLEH BELAJAR DARI SITUASI INI?
1 sahaja yang penting untuk trader ambil tindakan pada waktu ini, JUAL SAHAM DAN USD, BELI YEN DAN EMAS.
Dont 100% believe me, but please make your own research!
-ADMIN-
Thursday 23 January 2020
GU DAH NAIK TAPI...
Pada entry sebelum ini admin sudah kongsikan entry awal admin iaitu buy GBPUSD. Pair ini sudah break trendline tapi pada hari ini ia agak slow dan tak banyak pergerakan yang dapat dilihat.
GU ada potensi buy lagi jika pullback atas 1.3100 atas faktor SNR iaitu ia sudah menjadi RBS.
Admin akan update lagi di waktu yang lain.
-ADMIN-
GU ada potensi buy lagi jika pullback atas 1.3100 atas faktor SNR iaitu ia sudah menjadi RBS.
Admin akan update lagi di waktu yang lain.
-ADMIN-
Tuesday 14 January 2020
GBPUSD BUY AWAL
Salam semua..
Minggu ke-3 dalam januari 2020, admin plan untuk buy GBPUSD dengan 1.3494/1.3500 sebagai sasaran.1 halangan yang menjadi rintangan utama adalah major TL selepas TL tebal perlu ditembusi. Jika berjaya maka ada harapan sikit la untuk ke sasaran.
Akan tetapi trade ini akan ditutup manually jika price terus drop bawah 1.2900 atau jika ia naik tetapi signal sell terbentuk di D1 atau H4.
Let see adakah plan ini berjaya atau sebaliknya.
-ADMIN-
Wednesday 8 January 2020
PERANG IRAN-AMERIKA PELUANG PEMBELI GOLD UNTUNG BESAR
PERANG IRAN-AMERIKA PELUANG PEMBELI GOLD UNTUNG BESAR
Samseng Amerika buat hal lagi selepas perang dagang AS-CHINA.. Kali ni bunuh Jeneral tertinggi Iran, Qassem Soleimani pula. Ia membangkitkan kemarahan dan Iran pula bakal membalas dendam serta menawarkan US80 juta untuk kepala presiden Amerika, Donald Trump.
Kacau bilau macam ni akan membawa pelabur untuk membeli emas pula.. Untuk rekod, emas bergerak bullish sejak pertengahan tahun lepas dan sempat admin kongsikan di channel telegram admin.
Channel telegram : KLIK SINI
-ADMIN-
Wednesday 1 January 2020
REZEKI NEW YEAR 2020
Alhamdulillah..
Di awal tahun ini admin ucapkan selamat tahun baru 2020 dan semoga tahun ini tahun gemilang untuk kita semua. amin..
analisa terdahulu : https://pullback-blog.blogspot.com/2019/12/analisis-311219.html
Mujurlah admin sempat semak kedudukan price dan pivot. Kaedah pivot point ini secara tak langsung membantu untuk entry tepat pada waktunya, oleh itu kaedah klasik ini juga wajat anda pelajari.
Alhamdulillah, dapatlah sedikit profit hasil entry ini.
-ADMIN-
Tuesday 31 December 2019
ANALISIS 31/12/19
Assalamulaikum wbt dan Salam sejahtera semua pembaca sekalian.
Admin ingin kongsikan serba sedikit trade plan admin untuk minggu ini dari 31/12/19 hingga 03/01/20
Entry pilhan admin : Buy pada pullback di area 1.3100 atau 1.3000. Tf sesuai adalah H1 ataupun H4. SL di 1.2990. TP area 1.3300.
Plan admin : Sell jika retest semula broken trendline atau 109.27. SL area adalah 10 pip di atas 109.30. TP area 108.00
Penafian : Kesemua trade plan ini adalah berdasarkan satu pilihan arah sahaja iaitu buy sahaja atau sell sahaja, bertujuan untuk pembelajaran dan bukannya nasihat pelaburan/perdagangan anda.
-ADMIN-
Admin ingin kongsikan serba sedikit trade plan admin untuk minggu ini dari 31/12/19 hingga 03/01/20
GBPUSD
GBPUSD kembali di atas 1.3000 selepas retest bawah 1.2950. Kenaikan ini memberikan hint ia bakal naik semula selepas krismas lepas.Entry pilhan admin : Buy pada pullback di area 1.3100 atau 1.3000. Tf sesuai adalah H1 ataupun H4. SL di 1.2990. TP area 1.3300.
USDJPY
USDJPY break major trendline. Ia petanda kepada downtrend di permulaan trend. Akan tetapi sebelum ia memulakan penurunan, ia perlulah membentuk stuktur downtrend iaitu pullback semula di bawah trendline atau 109.27.Plan admin : Sell jika retest semula broken trendline atau 109.27. SL area adalah 10 pip di atas 109.30. TP area 108.00
Penafian : Kesemua trade plan ini adalah berdasarkan satu pilihan arah sahaja iaitu buy sahaja atau sell sahaja, bertujuan untuk pembelajaran dan bukannya nasihat pelaburan/perdagangan anda.
-ADMIN-
Friday 27 December 2019
3 CANDLE REVERSAL BAGI 1K USD PROFIT
Hari ni Jumaat, 27/12/19, buy signal terbentuk di TF D1 di mana formasi 3 candle reversal terbentuk. Peluang ini di manfaatkan sepenuhnya dengan membuka buy trade di atas daily pivot.
Pada waktu artikel ini ditulis, price sudah pun menghampiri R3. Adakah ia mampu mencapainya atau bakal reversal ke bawah? Apa-apa pun yang penting sudah breakeven. Jika terdapatnya cs reversal(sell), maka entry ini akan ditutup manual.
Bagi yang mahu belajar lebih lanjut bolehlah muat-turun secara percuma di halaman ini.
Yang tulus, ikhlas,
ADMIN
Pada waktu artikel ini ditulis, price sudah pun menghampiri R3. Adakah ia mampu mencapainya atau bakal reversal ke bawah? Apa-apa pun yang penting sudah breakeven. Jika terdapatnya cs reversal(sell), maka entry ini akan ditutup manual.
UPDATE : Trade ini akhirnya TP pada jam 10pm
Bagi yang mahu belajar lebih lanjut bolehlah muat-turun secara percuma di halaman ini.
ADMIN
Tuesday 24 December 2019
KENAPA PERLU IKUTI APA YANG DILIHAT DAN BUKAN YANG DIFIKIR
KENAPA PERLU IKUTI APA YANG DILIHAT DAN BUKAN YANG DIFIKIR DAN TIPS UNTUK MENGHADAPINYA
Serik dengan loss dan terkena entry price reversal adalah punca kenapa ada sesetengah trader akan membuat tekaan sendiri yang melawan arah pada ketika itu dan bukannya mengikuti arah tersebut.
Takut akan tersalah arah, kita akan mula berfikir dahulu dan kemudian entry lawan arah. Ini ditambah pula dengan signal lawan arah yang terbentuk pada waktu yang sama menambah lagi keyakinan untuk entry lawan arah.
Tahukah anda semakin lama anda merenung chart, semakin banyak yang anda akan fikir untuk buat termasuk mengubah posisi betul kepada salah dan menambah-nambah entry salah sebab tak mahu terima kerugian?
Picking top dan bottomTahukah anda semakin lama anda merenung chart, semakin banyak yang anda akan fikir untuk buat termasuk mengubah posisi betul kepada salah dan menambah-nambah entry salah sebab tak mahu terima kerugian?
Pada waktu ini, ia lebih dikenali sebagai 'picking top' dan juga 'picking bottom' iaitu price turun kemudian buy dibuat atau ketika naik, sell dibuat walhal ia akan naik lagi atau turun lagi.
Sistem pertahanan yang perlu ada pada anda
Masuk buy, float turun ke SL, cutloss buy kemudian tukar kepada sell. Masuk sell, price naik ke SL kemudian cutloss sell tukar kepada buy.
Pernahkah anda melalui situasi di atas? Jangan malu untuk mengakuinya kerana admin akui admin juga melalui keadaan yang sama sewaktu proses belajar dahulu. Inilah pembelajaran penting untuk mengenal-diri dan mencari kelemahan untuk diperbaiki. Oleh itu admin faham kenapa ia dilakukan seperti itu. Antara faktor utamanya adalah;
- Tak yakin entry
- Takut salah/loss
- Takut terlepas peluang entry
- Tidak mahu mengaku kalah dan masih mahu sentiasa betul
Untuk melalui semua ini dengan yakin dan tenang tanpa ada perasaan takut, kurang yakin mahupun tidak mahu mengalah untuk rugi, anda perlu perbetulkan minda anda dan terima semua ini sebagai sebahagian dari perniagaan dan bukan perjudian untuk sentiasa menang. Untuk sentiasa menang itu adalah mustahil kerana dalam dunia professional trading bukanlah 99% itu bagus tetapi bagaimana untuk lebih banyak tepat berbanding salah itulah yang bagus. Ini bermakna, salah itu akan ada, dan rugi juga akan ada.
Anda perlu sistem pertahanan yang membolehkan anda kebal dari 4 perkara yang menyumbang kepada mengikuti apa yang anda fikir dan bukannya yang anda lihat.
Mempunyai sistem pertahanan bermaksud anda sudah boleh elakkan dan mengurangkan dari membuat kesilapan dalam trading.
Poin penting adalah berikut;
- Tahu arah utama
- Tahu limitasi trend itu
- Tahu apa ciri-ciri atau syarat untuk salah
- Tahu untuk berhenti
Tahu arah utama
Ini merupakan asas paling utama dalam trading tak kiralah saham, komoditi atau index apatah lagi forex. Trend is your best friend! Oleh itu ikutilah trend dan bukannya lawan trend. Trend utama adalah trend di timeframe yang lebih besar. Semakin trending maka semakin baguslah trend itu.
Tahu limitasi trend itu
Walaupun kita tidak tahu bilakah trend akan berubah atau berakhir, yang penting kita tahu adakah kita dipenghujung atau bukan. Untuk tahu dipenghujung, maka lukislah SNR di timeframe yang lebih besar seperti D1, Weekly atau Monthly. Perhatikan trend semasa, adakah sudah sampai ke SNR ini atau belum. Jika sudah sampai, maka ia mungkin dipenghujung. Oleh itu tunggu ia rejected ataupun break, kemudian barulah ikuti arah tersebut.
Tahu ciri-ciri atau syarat untuk salah
Ia nampak susah tapi sebenarnya tidak. Ini kerana, sebagai contoh, anda trade berdasarkan candlestick signal dan anda membuat entry buy atas support setelah candle bullish hammer terbentuk. Maka syarat untuk salah sudah pastilah jika candle selepas hammer itu break dan closed di bawah hammer tersebut. Oleh itu anda dikira sebagai silap/ Oleh itu jika silap, maka exitlah trade tersebut.
Tahu untuk berhenti
Poin terakhir ini adalah segala-galanya. Tiada guna jika anda tidak mahu mengalah tetapi hakikatnya anda tetap salah dan market sentiasa betul. Ada masanya kita perlu mengaku kalah, berhenti seketika dan kembali apabila keadaan sudah OK. Berhenti bukanlah maksudnya anda sudah putus-asa atau tidak mahu bangkit semula tetapi berhenti sebab nak perbaiki strategi anda.
Ada masanya memang market ini sudah diluar dari jangkaan dan sukar untuk mendapatkan entry yang bagus. Oleh itu, itulah tanda sebenarnya anda perlukan rehat dan menyusun semula strategi untuk kembali lebih baik nanti.
Kesan mengabaikan kesemua poin di atas
Kesannya tak lain adalah anda akan bergelut dengan jangkaan arah mengikut perasaan, entry ikut perasaan dan sering bersusun-susun loss hinggalah akaun anda margin call. Hakikatnya anda atau sesiapa sekalipun takkan mungkin dapat kalahkan market ini. Apa yang perlu sebenarnya adalah ikuti saja ke mana market ini pergi dan itulah caranya untuk menang.
Sekiranya anda tidak tahu arah utama di timeframe besar, anda akan sering meneka arahnya dengan cutloss entry salah dan tukar kepada entry lain walhal entry awal itu adalah betul
Anda akan sering pick top untuk sell dan pick bottom untuk buy sebab 'rasa-rasa' ia akan reversal di situ walhal tidak.
Anda tidak tahu anda sebenarnya salah, maka anda hold floating loss anda hingga ke margin call.
Tidak tahu berhenti, anda terus membuat deposit, entry ikut emosi, beli semua panduan nota, ebook, masuk kelas dan berbelanja ribuan ringgit untuk semua tujuan itu tetapi anda sebenarnya tidak ke mana-mana hinggalah anda sedar bahawa basic yang anda pelajari itu, itulah jawapan yang anda perlukan. WHY? Kerana pada ketika anda sedar ini, market sebenarnya sudah kembali normal dan anda sudah boleh kembali profit semula.
Sekian,
ADMIN
24/12/19
24/12/19
Tuesday 17 December 2019
WORK HARD TAK SESUAI DALAM TRADING! ANDA PERLU WORK SMART
WORK HARD(BEKERJA KERAS) TAK SESUAI DALAM TRADING? AGAKNYA KENAPA?
Kecuali anda seorang scalper tegar, anda tidak boleh bekerja keras kerana tak sesuai langsung. Menjadi scalper hardcore bukanlah personaliti yang sesuai untuk semua orang tambahan lagi jika anda mempunyai pekerjaan tetap dan hanya merancang untuk trade secara part time.
WORK SMART
Untuk menjadi trader yang success dan kurang stress, adna sebenarnya hanya perlu work smart.
Mari kita lihat lihat apakah yang dimaksudkan dengan work smart dalam forex trading.
- Gunakan modal yang sesuai
- Risk minima, TP maksima
- 2-3 entry seminggu
- Trade ikut arah timeframe besar
- Mempunyai money management
- Fokus jangka panjang
Ok mari kita kupas satu demi satu..
Modal sesuai
Teringat kata-kata cikgu admin dulu, kalau guna modal kecil bila nak kaya? Ada betulnya tapi admin kenal juga trader yang boleh gandakan modal bawah 10 usd kepada ratusan USD dalam masa singkat. Bukan sahaja pulangan tinggi malah konsisten. Akan tetapi trader ini sendiri mengakui bahawa ia adalah sangat berisiko dan ia tak berlaku sepanjang masa.
Okeylah, kembali kepada modal. Admin perasan ada ramai trader yang struggle nak menggandakan modal dengan pantas tapi malangnya tak sebagus trader yang admin kenal itu. Ye la, asyik nak kejar right entry je tapi tak ngam timing sebab tu selalu kecundang. Inilah kenapa admin katakan work hard itu tak sesuai untuk trading sebab nak work hard apa bendanya nak cari right entry yang jarang berlaku. Tu pun bila ia berlaku rupanya dah tersalah entry. Nak buy low tapi di low tu dah sell awal-awal.. So macamna nak dapat entry? Jadi modal yang sesuai itu penting. Admin sarankan letaklah 1K USD ke atas dan cuba sasarkan gain kecil sahaja. Jika trading part time, admin sarankan boleh juga gunakan 100 USD dan cuba buat plan untuk setahun. Admin yakin akaun itu akan berganda asalkan bukan nak cepat.
Risk minima, TP maksima
Mana satu lebih baik, scalp 10 pip 10 kali entry untuk 100pip atau 1 entry 100 pip target? Sudah tentulah 1 entry lebih bagus berbanding 10x entry sedangkan yang ke-11 itu belum tentu profitable lagi. Silap-silap entry ke 11 itu sudah loss -100pip pula sebab terkena market reverse.
Untuk menjadi trader yang pintar(smart), anda perlu kurangkan kerja anda dan maksimakan TP anda. Anda bukanlah trader yang pintar jika anda masih struggle dengan scalping yang tidak konsisten. Sebaliknya cuba dapatkan TP yang besar dan hanya memerlukan kerja yang sedikit.
2-3 entry seminggu
Dah TP besar-besar, sudah tentulah tak perlu nak banyak entry sangat. Jika 1 entry memberikan 50 pip, 3 entry dah bersamaan 150 pip. Konsisten dalam menghasilkan pip, membolehkan anda konsisten pula menghasilkan profit USD yang lebih banyak. Ingat, semakin kurang entry adalah lebih baik. Ini kerana setiap entry itu adalah berisiko tinggi, maka lebih banyak entry, lebih banyaklah risikonya.
Diluar sana pasti ada trader yang hanya membuka entry sedikit tetapi mendapat pulangan yang banyak dan sudah tentu ia berkait point pertama dan kedua iaitu, modal yang sesuai dan minima risk dan maksima TP. Andaikata masih tak jelas cuba fikirkan. Jika modal anda 10K USD, target anda cuma 1% per-trade sahaja iaitu 100 usd untuk 3 lot, ini bersamaan pulangan 3% atau sekitar 300 USD seminggu. 300 USD ini sudah bersamaan RM1,200 dan akan berpotensi menjadi sekitar RM4,800 sebulan!
Trade ikut arah timeframe besar
Anda mahukan signal yang lebih accurate? Anda perlu ikuti timeframe yang lebih besar. Ini kerana trader-trader besar menggunakan timeframe ini untuk memasuki pasaran. Timeframe besar juga kurang false signal berbanding timeframe kecil seperti M1 dan M5.
Jika dapat mengikuti trader-trader besar dan entry pada signal yang berketepatan tinggi, maka anda mempunyai advantage untuk lebih banyak winning trade!
Mempunyai money management
Anda mahu survive jangka panjang, anda perlukan pengurusan kewangan yang baik. Ia meliputi risk yang anda sanggup rugi dan gain yang bakal anda dapat jika betul.
Untuk work smart dalam trading, anda hanya perlu letakkan risk kecil melalui size lot kecil atau SL kecil. Seterusnya untuk menggandakan profit, anda hanya perlu meletakkan sasaran TP yang besar sahaja. Timeframe yang lebih besar seperti Daily atau Weekly membolehkan anda mendapatkan TP yang besar kerana pergerakan di timeframe ini juga besar berbanding di M5 atau M15.
Fokus jangka panjang
Trader yang smart akan memfokuskan jangka panjang berbanding cuba menjadi jutawan dalam masa 1-3 bulan. Jika anda seorang yang hebat mungkin boleh. Tetapi jika membuka entry pun takut-takut lepastu masih bergantung trader lain untuk membuat keputusan, lupakan sahaja niat itu. Sebab bukan 1 juta yang boleh diambil dari market tapi nanti habis modal dan wang simpanan licin dibuat modal tapi semuanya hangus.
Untuk work smart, pastikan anda trading sekadar part time, minima risk dengan maksima reward dan buatlah perancangan untuk 1-2 tahun akan datang. Sebaiknya buatlah untuk 5-10 tahun lagi. Barulah namanya serius bisnes dan bukannya main forex!
Sekian,
ADMIN
Subscribe to:
Posts (Atom)