PULLBACK FOREX BLOG

Informasi | strategy | berita

  • Home
  • Broker Pilihan
    • AMARKETS
    • XM
    • VANTAGE FX
  • PRIVACY POLICY
    • PRIVACY POLICY
    • DISCLAIMER
  • MEMBER'S LOGIN
    • CSPRO SCALPING
    • PULLBACK SWINGTRADING
  • Home
  • FOREX STRATEGY
    • CANDLESTICK
    • SUPPORT RESISTANCE
    • TEKNIK ENTRY
    • REVERSAL DAN CONTINUATION
    • MONEY MANAGEMENT
  • Downloads
    • EBOOK 1
    • EBOOK 2
    • INDICATOR
  • OUR CHANNEL
    • PULLBACK YOUTUBE
    • PULLBACK TELEGRAM

Featured post

Start Your Forex Trading Career

  Embarking on a Forex Trading Career: A Comprehensive Guide The foreign exchange (forex) market, known for its high liquidity and 24-hour a...

Monday, 27 May 2024

Polis tumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex dan kripto


Kuala Lumpur: Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex GHC dan kripto dengan penahanan 10 individu termasuk dalangnya berusia 43 tahun dikenali Geng Wong dengan nilai rampasan keseluruhan RM51.2 juta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (Amla), Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman berjaya menumpaskan sindiket itu melalui beberapa serbuan di Lembah Klang pada 13 hingga 21 Mei lalu.

Menurutnya, seramai 10 individu warga tempatan terdiri lapan lelaki dan dua wanita berusia antara 28 hingga 51 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan sindiket itu.

"Mereka direman selama tiga hingga tujuh hari bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001.

"Turut disita semasa serbuan adalah 129 keping geran kenderaan dengan nombor pendaftaran eksklusif bernilai RM18 juta, 75 utas jam tangan pelbagai jenama bernilai RM10 juta, 18 kenderaan mewah pelbagai jenama bernilai RM8 juta, wang tunai RM503,001, 203 motosikal berjumlah RM406,000 dan 10 beg tangan pelbagai berjenama bernilai RM90,000.

"Selain itu, kita turut menyita wang tunai dalam bentuk mata wang asing iaitu 320,000 Yen, 3,940 Baht, 455 Turkiye, 290 Yuan, 305 USD, 27,000 Won, 200 SGD, 200 AUD, 10 buku cek, 12 unit telefon bimbit dan peralatan komputer, " katanya pada sidang media di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Razarudin berkata, tindakan pembekuan ke atas 33 akaun bank berjumlah RM10,714,175.62 dan penyitaan mata wang digital kripto sebanyak RM3,500,000 mengikut nilai semasa yang dipercayai hasil daripada aktiviti penipuan pelaburan itu turut dilakukan.

"Jumlah keseluruhan pembekuan dan penyitaan berjumlah RM51,213,176.62.

"Berdasarkan soal siasat, sindiket penipuan pelaburan ini mula beroperasi sekitar 2017 yang berpengkalan di sebuah negara Asia.

"Sindiket ini memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram dari negara asing berkenaan ke Malaysia menggunakan pengurup wang tidak berdaftar serta transaksi mata wang kripto," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, sindiket pengubahan ini menjalankan wang haram menggunakan kaedah seperti urusan jual beli nombor pendaftaran eksklusif dan klasik bernilai tinggi dan jual beli jam tangan berjenama mewah di kedai jam bertempat di Bukit Jalil.

"Selain itu, mereka juga melaburkan wang dalam perladangan buah durian seluas 100 ekar (40.4 hektar) dan menggunakan pengurup wang tidak berdaftar bagi menukarkan kripto kepada tunai sebagai modus operandi bagi mengaburi mata pihak penguat kuasa undang-undang," katanya.

Katanya, wang hasil aktiviti haram ini juga digunakan untuk membeli hartanah di dalam Malaysia yang masih lagi dikesan.

"Dalam usaha membanteras kegiatan penipuan pelaburan dan aktiviti pengubahan wang haram, pihak polis mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti mencurigakan dan dapat memberi kerjasama dalam menyalurkan maklumat mengenai jenayah pengubahan wang haram," katanya.

SUMBER: HMetro

By nazz at May 27, 2024 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: scam
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Total Pageviews

53034

Translate


Real-Time-Chart

EURUSD Chart by TradingView

Popular Posts

  • Start Your Forex Trading Career
      Embarking on a Forex Trading Career: A Comprehensive Guide The foreign exchange (forex) market, known for its high liquidity and 24-hour a...
  • Trading the S&P 500 and Dow Jones Industrial Average (DJIA)
    Foto: Freepik Trading the S&P 500 and Dow Jones Industrial Average (DJIA) can be approached in various ways, and it's important to n...
  • INDIKATOR PIVOT POINT
    KLIK SINI
  • Polis tumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex dan kripto
    Kuala Lumpur: Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex GHC dan kripto dengan penahanan 10 individu termasuk dalangnya berusia 43 ...
  • correlation trading strategy
    A correlation trading strategy involves taking advantage of the relationships between two or more assets, anticipating how changes in the va...

Blog Archive

  • May 2024 (1)
  • January 2024 (1)
  • December 2023 (3)
  • February 2023 (1)
  • December 2020 (3)
  • November 2020 (2)
  • September 2020 (1)
  • August 2020 (3)
  • July 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • January 2020 (5)
  • December 2019 (16)
  • November 2019 (6)
  • October 2019 (2)
  • August 2019 (1)
AMarkets

Hubungi Kami | Contact Us

Name

Email *

Message *

Copyright © 2025 PULLBACK FOREX BLOG | Powered by Blogger
Design by Hardeep Asrani | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates