SUPPORT RESISTANCE a.k.a S&R/SNR
PENERANGAN.
Support:
- Sesuatu pergerakan price menurun kemudian berpatah-balik(menaik), harga terendah/lower price selepas berpatah balik itu adalah support atau harga sokongan.
Fungsi:
- Fungsi utama support adalah menyokong kepada uptrend dan menghalang kepada downtrend. Apabila price sentuh support level, price akan naik.
Resistance:
- Sesuatu pergerakan price menaik kemudian ia berpatah-balik, harga tertinggi/highest price selepas berpatah balik itu adalah resistance atau harga rintangan.
Fungsi:
- Fungsi utama resistance adalah menyokong downtrend dan menghalang kepada uptrend. Apabila price sentuh resistance level, price akan turun.
SBR DAN RBS
RBS adalah resistance become support.
SBR adalah support become resistance.
Terbentuk apabila sesuatu price menembusi(breakout) sesuatu support atau resistance, ia akan bertukar fungsi.
PECAHAN SNR
Topik SNR terbahagi kepada berberapa bahagian, 3 SNR utama adalah;- Horizontal line
- Trendline
- Fibonacci
Horizontal line
Tools ini digunakan untuk menanda price tertentu berdasarkan candlestick. Price yang ditanda itu secara tidak langsung adalah Support dan Resistance.
Trendline
Tools ini sama dengan horizontal line tetapi bezanya ia dilukis mengikut trend. Ia akan terbahagi kepada dua;
- DTL - Downtrend line
- UTL - Uptrend line
Fibonacci
Fibonacci atau lebih popular sebagai Fibo, digunakan untuk kenal-pasti potensi kedudukan SNR hadapan dalam sesuatu forecast/ramalan.
Kepentingan belajar SNR
Support dan Resistance sangat penting kerana ia adalah paling basic di dalam sesuatu trading. Disebabkan tidak semua tools atau indikator boleh berfungsi sepanjang masa, oleh itu penguasaan SNR adalah amat penting kerana ia menjadi rujukan secara tidak langsung keadaan semasa pasaran sebelum menentukan apakah tindakan selanjutnya.Strategi breakout banyak berkait-rapat dengan SNR. Oleh itu jika seseorang trader itu dapat menguasai SNR dengan baik, maka entry berdasarkan SNR juga akan lebih accurate dan profitable.
Sekian,
ADMIN
No comments:
Post a Comment