PULLBACK FOREX BLOG

Informasi | strategy | berita

  • Home
  • Broker Pilihan
    • AMARKETS
    • XM
    • VANTAGE FX
  • PRIVACY POLICY
    • PRIVACY POLICY
    • DISCLAIMER
  • MEMBER'S LOGIN
    • CSPRO SCALPING
    • PULLBACK SWINGTRADING
  • Home
  • FOREX STRATEGY
    • CANDLESTICK
    • SUPPORT RESISTANCE
    • TEKNIK ENTRY
    • REVERSAL DAN CONTINUATION
    • MONEY MANAGEMENT
  • Downloads
    • EBOOK 1
    • EBOOK 2
    • INDICATOR
  • OUR CHANNEL
    • PULLBACK YOUTUBE
    • PULLBACK TELEGRAM

Featured post

Start Your Forex Trading Career

  Embarking on a Forex Trading Career: A Comprehensive Guide The foreign exchange (forex) market, known for its high liquidity and 24-hour a...

MONEY MANAGEMENT

Strategi money management


Terdapat banyak strategi money management yang anda boleh gunakan ke dalam trading anda. Antaranya adalah;

1. Percentage risk
2. Averaging/pyramiding
3. Layer/multiple layer
4. Single lot size/maintain lot size
5. Risk Reward Ratio


Percentage risk
Risk akan ditentukan melalui percentage keseluruhan untuk sesuatu trade. Jika trade itu lebih dari 1 lot, maka percentage itu akan dibahagikan kepada lot-lot tersebut.

Sebagai contoh menggunakan 10% risk dari modal USD1,000. Bersamaan USD100.
USD100 ini adalah risk selepas kerugian.

Jika trader itu memilih untuk membuka 1 lot trade, bermakna risk ini akan diselaraskan dengan risk yang bakal diterima selepas trade itu gagal berdasarkan nilai stoploss trade itu.

cth:

Buy EURUSD dengan stoploss 50 pips. Secara tidak langsung nilai volume trade tersebut adalah $2. Lihat kira-kira berikut;

$2 x 50 = -$100

Jika stoploss yang terlibat adalah 100 pip, maka lot tersebut akan ditrade pada nilai $1.

$1 x 100 = -$100

Jika trade dua pair, maka risk $100 tadi perlulah dibahagi kepada dua untuk dua-dua trade tersebut. Maka setiap 1 trade mestilah mempunyai stoploss 50 pips. Maka untuk 1 lot itu trader akan membuka $1 untuk 1 pip. Jika Stoploss yang terlibat adalah 100 pips, maka $50 risk itu perlu di bahagikan kepada 100. Ini adalah bersamaan 0.50 cent untuk 1 lot tersebut.

0.50cent x 100 = -$50


Averaging/piramiding
Averaging atau piramiding adalah trading dengan cara menambah entry ketika trade sedang profit.
Sebagai contoh anda membuat buy EURUSD pada harga 1.1200, kemudian price naik 50 pips ke 1.1250, pada ketika ini anda akan untung sebanyak 50 pip kemudian anda akan menambah lagi entry buy anda. Eurusd kemudiannya naik lagi sebanyak 50 pip dari 1.1250 dan kini ia sudah naik ke 1.1300, pada waktu ini anda menambah lagi posisi buy dan kini anda sudah membuka 3 lot buy. Eurusd mencecah 1.1350 dan anda menutup posisi buy.

Kini anda sudah profit sebanyak;

Lot pertama = profit +150 pips
Lot kedua = ptofit +100 pips
Lot ketiga = +50 pips

Total : +300 pips


Layer/multiple layer
Teknik ini lebih kepada membuka entry pada satu kawasan pada jumlah lot yang banyak. Tujuan entry ini dibuat adalah untuk mendapatkan price yang berbeza-beza di kawasan itu.

Sebagai contoh anda mahu membuka buy pada gbpusd ketika di 1.3000. Pada waktu ini price bergerak agak sideways sedikit di mana ia turun pada 1.2995. Pada waktu ini anda membuka buy. Price kemudiannya naik semula pada 1.3000, anda membuka lagi 1 posisi buy. Price kemudiannya naik sedikit iaitu di 1.3002, anda membuka lagi posisi buy.

Sehinggalah price naik semula dan anda sudah mempunyai lebih dari satu lot trade di suatu kawasan harga.


Single lot size/maintain lot size
Kaedah ini adalah cara terbaik untuk membuka posisi swing trade ataupun position trade untuk tempoh lama tanpa kisah adakah trade itu akan mencapai target profit atau tidak. Anda akan membuka 1 lot pada nilai yang sederhana atau rendah, sebagai contoh membuka 0.01% lot dari modal USD 1,000. Ini bersamaan 0.10cent kemudian membiarkannya untuk tempoh yang agak lama.

Akan tetapi trade ini biasanya disokong melalui analisa yang dibuat pada timeframe monthly ataupun weekly. Entry akan dibuat pada timeframe itu ataupun minima pada timeframe daily. Trade itu akan dibiarkan untuk menuju sesuatu target namun hanya akan dipantau pada waktu tertentu sahaja samada sekali seminggu atau cuma 1 kali dalam dua minggu.

Disebabkan trade ini dibuka pada lot yang sangat kecil, size modal besar adalah penting untuk menampung proses floating entry tersebut. Kaedah ini juga digunakan bagi trader yang ingin memanfaatkan interest rate atau swap positif bagi pembelian dan penjualan pair tersebut. Akan tetapi kaedah ini hanya sesuai untuk trader yang bukan beragama islam sahaja.


Risk Reward Ratio
Cara paling mudah untuk membuat kiraan risk. Terdapat dua yang paling popular;

1). RRR 1:1
2). RRR 1:2

Ini adalah bermaksud jika 1:1, Risk anda adalah sama dengan Reward. Cth, SL anda 50, TP anda adalah 50.

RRR 1:2 adalah bermaksud Reward anda diganda dua kali berbanding risk anda. Cth SL 50, TP anda akan menjadi 100.


Breakeven

Untuk mendapatkan trading yang sukses, anda wajib untuk membuat breakeven iaitu menghapuskan risk yang terlibat dengan mengubah price stoploss ke entry price atau jika trade anda profit lebih 50 pip pada waktu itu anda akan 'lock' profit sebanyak 10 atau 20 pip di atas entry price. Maksudnya SL anda adalah 10 atau 20 pip di atas paras entry anda.

Jadi, apakah pilihan money management anda?

Sekian,
ADMIN
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Total Pageviews

53028

Translate


Real-Time-Chart

EURUSD Chart by TradingView

Popular Posts

  • Start Your Forex Trading Career
      Embarking on a Forex Trading Career: A Comprehensive Guide The foreign exchange (forex) market, known for its high liquidity and 24-hour a...
  • Trading the S&P 500 and Dow Jones Industrial Average (DJIA)
    Foto: Freepik Trading the S&P 500 and Dow Jones Industrial Average (DJIA) can be approached in various ways, and it's important to n...
  • INDIKATOR PIVOT POINT
    KLIK SINI
  • Polis tumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex dan kripto
    Kuala Lumpur: Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex GHC dan kripto dengan penahanan 10 individu termasuk dalangnya berusia 43 ...
  • correlation trading strategy
    A correlation trading strategy involves taking advantage of the relationships between two or more assets, anticipating how changes in the va...

Blog Archive

  • May 2024 (1)
  • January 2024 (1)
  • December 2023 (3)
  • February 2023 (1)
  • December 2020 (3)
  • November 2020 (2)
  • September 2020 (1)
  • August 2020 (3)
  • July 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • January 2020 (5)
  • December 2019 (16)
  • November 2019 (6)
  • October 2019 (2)
  • August 2019 (1)
AMarkets

Hubungi Kami | Contact Us

Name

Email *

Message *

Copyright © 2025 PULLBACK FOREX BLOG | Powered by Blogger
Design by Hardeep Asrani | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates