Ramai trader baru sangat teruja untuk trading live dan mencuba teknik yang baru sahaja dijumpai dari internet dan juga dipelajari dari trader lain tapi dalam masa yang sama belum lagi mempunyai pengalaman jatuh bangun dengan teknik itu, akhirnya membuat kesimpulan teknik itu tidak profitable dan hanya membuang masa.
Sesuatu ilmu itu sangat penting untuk diuji terlebih dahulu dalam tempoh yang lama dan ia tidak cukup sekadar membuat backtest untuk dijadikan pengalaman semata-mata. Jika itulah yang dijadikan sandaran maka sampai bila-bila pun takkan kemana. Kenapa? Kerana semua teknik juga pasti akan berdepan dengan kesalahan dan kerugian. Oleh itu jika baru saja rugi kerana backtest data-data lama, itu belum cukup lagi untuk menilai teknik itu buruk apatah lagi hendak dijadikan pengalaman yang secara tidak langsung menjadi guru terbaik anda?...
Jika anda mahu jadikan ia pengalaman berharga anda dan seterusnya menjadi panduan atau pedoman anda dalam live trading, anda tiada cara lain kecuali menguji teknik itu selama 6-12 bulan untuk buktikan keberkesanannya.
Dari situlah anda akan menemui 'cikgu' sebenar anda dan seterusnya akan menjadi pelita menerangi perjalanan karier seumur hidup anda dalam dunia trading ini.
Sekian dulu dari admin.
Salam kejayaan!
No comments:
Post a Comment