PULLBACK FOREX BLOG

Informasi | strategy | berita

  • Home
  • Broker Pilihan
    • AMARKETS
    • XM
    • VANTAGE FX
  • PRIVACY POLICY
    • PRIVACY POLICY
    • DISCLAIMER
  • MEMBER'S LOGIN
    • CSPRO SCALPING
    • PULLBACK SWINGTRADING
  • Home
  • FOREX STRATEGY
    • CANDLESTICK
    • SUPPORT RESISTANCE
    • TEKNIK ENTRY
    • REVERSAL DAN CONTINUATION
    • MONEY MANAGEMENT
  • Downloads
    • EBOOK 1
    • EBOOK 2
    • INDICATOR
  • OUR CHANNEL
    • PULLBACK YOUTUBE
    • PULLBACK TELEGRAM

Featured post

Start Your Forex Trading Career

  Embarking on a Forex Trading Career: A Comprehensive Guide The foreign exchange (forex) market, known for its high liquidity and 24-hour a...

Tuesday, 17 December 2019

WORK HARD TAK SESUAI DALAM TRADING! ANDA PERLU WORK SMART

WORK HARD(BEKERJA KERAS) TAK SESUAI DALAM TRADING? AGAKNYA KENAPA?

Kecuali anda seorang scalper tegar, anda tidak boleh bekerja keras kerana tak sesuai langsung. Menjadi scalper hardcore bukanlah personaliti yang sesuai untuk semua orang tambahan lagi jika anda mempunyai pekerjaan tetap dan hanya merancang untuk trade secara part time.


Work hard atau kerja keras hanya sesuai kepada IB, MIB ataupun yang buat affiliate untuk dapatkan extra income selain trading. Oleh itu hanya golongan ini sahaja yang akan bekerja keras. Jika anda mahukan trading secara santai dan kurang stress, anda sebetulnya perlu work smart!

WORK SMART

Untuk menjadi trader yang success dan kurang stress,  adna sebenarnya hanya perlu work smart.
Mari kita lihat lihat apakah yang dimaksudkan dengan work smart dalam forex trading.
  • Gunakan modal yang sesuai
  • Risk minima, TP maksima
  • 2-3 entry seminggu
  • Trade ikut arah timeframe besar
  • Mempunyai money management
  • Fokus jangka panjang
Ok mari kita kupas satu demi satu..

Modal sesuai
Teringat kata-kata cikgu admin dulu, kalau guna modal kecil bila nak kaya? Ada betulnya tapi admin kenal juga trader yang boleh gandakan modal bawah 10 usd kepada ratusan USD dalam masa singkat. Bukan sahaja pulangan tinggi malah konsisten. Akan tetapi trader ini sendiri mengakui bahawa ia adalah sangat berisiko dan ia tak berlaku sepanjang masa.

Okeylah, kembali kepada modal. Admin perasan ada ramai trader yang struggle nak menggandakan modal dengan pantas tapi malangnya tak sebagus trader yang admin kenal itu. Ye la, asyik nak kejar right entry je tapi tak ngam timing sebab tu selalu kecundang. Inilah kenapa admin katakan work hard itu tak sesuai untuk trading sebab nak work hard apa bendanya nak cari right entry yang jarang berlaku. Tu pun bila ia berlaku rupanya dah tersalah entry. Nak buy low tapi di low tu dah sell awal-awal.. So macamna nak dapat entry? Jadi modal yang sesuai itu penting. Admin sarankan letaklah 1K USD ke atas dan cuba sasarkan gain kecil sahaja. Jika trading part time, admin sarankan boleh juga gunakan 100 USD dan cuba buat plan untuk setahun. Admin yakin akaun itu akan berganda asalkan bukan nak cepat.

Risk minima, TP maksima
Mana satu lebih baik, scalp 10 pip 10 kali entry untuk 100pip atau 1 entry 100 pip target? Sudah tentulah 1 entry lebih bagus berbanding 10x entry sedangkan yang ke-11 itu belum tentu profitable lagi. Silap-silap entry ke 11 itu sudah loss -100pip pula sebab terkena market reverse. 

Untuk menjadi trader yang pintar(smart), anda perlu kurangkan kerja anda dan maksimakan TP anda. Anda bukanlah trader yang pintar jika anda masih struggle dengan scalping yang tidak konsisten. Sebaliknya cuba dapatkan TP yang besar dan hanya memerlukan kerja yang sedikit.

2-3 entry seminggu
Dah TP besar-besar, sudah tentulah tak perlu nak banyak entry sangat. Jika 1 entry memberikan 50 pip, 3 entry dah bersamaan 150 pip. Konsisten dalam menghasilkan pip, membolehkan anda konsisten pula menghasilkan profit USD yang lebih banyak. Ingat, semakin kurang entry adalah lebih baik. Ini kerana setiap entry itu adalah berisiko tinggi, maka lebih banyak entry, lebih banyaklah risikonya.

Diluar sana pasti ada trader yang hanya membuka entry sedikit tetapi mendapat pulangan yang banyak dan sudah tentu ia berkait point pertama dan kedua iaitu, modal yang sesuai dan minima risk dan maksima TP. Andaikata masih tak jelas cuba fikirkan. Jika modal anda 10K USD, target anda cuma 1% per-trade sahaja iaitu 100 usd untuk 3 lot, ini bersamaan pulangan 3% atau sekitar 300 USD seminggu. 300 USD ini sudah bersamaan RM1,200 dan akan berpotensi menjadi sekitar RM4,800 sebulan!

Trade ikut arah timeframe besar
Anda mahukan signal yang lebih accurate? Anda perlu ikuti timeframe yang lebih besar. Ini kerana trader-trader besar menggunakan timeframe ini untuk memasuki pasaran. Timeframe besar juga kurang false signal berbanding timeframe kecil seperti M1 dan M5. 

Jika dapat mengikuti trader-trader besar dan entry pada signal yang berketepatan tinggi, maka anda mempunyai advantage untuk lebih banyak winning trade!

Mempunyai money management
Anda mahu survive jangka panjang, anda perlukan pengurusan kewangan yang baik. Ia meliputi risk yang anda sanggup rugi dan gain yang bakal anda dapat jika betul.

Untuk work smart dalam trading, anda hanya perlu letakkan risk kecil melalui size lot kecil atau SL kecil. Seterusnya untuk menggandakan profit, anda hanya perlu meletakkan sasaran TP yang besar sahaja. Timeframe yang lebih besar seperti Daily atau Weekly membolehkan anda mendapatkan TP yang besar kerana pergerakan di timeframe ini juga besar berbanding di M5 atau M15.

Fokus jangka panjang
Trader yang smart akan memfokuskan jangka panjang berbanding cuba menjadi jutawan dalam masa 1-3 bulan. Jika anda seorang yang hebat mungkin boleh. Tetapi jika membuka entry pun takut-takut lepastu masih bergantung trader lain untuk membuat keputusan, lupakan sahaja niat itu. Sebab bukan 1 juta yang boleh diambil dari market tapi nanti habis modal dan wang simpanan licin dibuat modal tapi semuanya hangus.

Untuk work smart, pastikan anda trading sekadar part time, minima risk dengan maksima reward dan buatlah perancangan untuk 1-2 tahun akan datang. Sebaiknya buatlah untuk 5-10 tahun lagi. Barulah namanya serius bisnes dan bukannya main forex!



Sekian,
ADMIN


By nazz at December 17, 2019
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: motivasi

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Total Pageviews

53278

Translate


Real-Time-Chart

EURUSD Chart by TradingView

Popular Posts

  • INDIKATOR PIVOT POINT
    KLIK SINI
  • Polis tumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex dan kripto
    Kuala Lumpur: Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex GHC dan kripto dengan penahanan 10 individu termasuk dalangnya berusia 43 ...
  • Trading the S&P 500 and Dow Jones Industrial Average (DJIA)
    Foto: Freepik Trading the S&P 500 and Dow Jones Industrial Average (DJIA) can be approached in various ways, and it's important to n...
  • correlation trading strategy
    A correlation trading strategy involves taking advantage of the relationships between two or more assets, anticipating how changes in the va...
  • Start Your Forex Trading Career
      Embarking on a Forex Trading Career: A Comprehensive Guide The foreign exchange (forex) market, known for its high liquidity and 24-hour a...

Blog Archive

  • May 2024 (1)
  • January 2024 (1)
  • December 2023 (3)
  • February 2023 (1)
  • December 2020 (3)
  • November 2020 (2)
  • September 2020 (1)
  • August 2020 (3)
  • July 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • January 2020 (5)
  • December 2019 (16)
  • November 2019 (6)
  • October 2019 (2)
  • August 2019 (1)
AMarkets

Hubungi Kami | Contact Us

Name

Email *

Message *

Copyright © 2025 PULLBACK FOREX BLOG | Powered by Blogger
Design by Hardeep Asrani | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates