Dua pair ini menjadi fokus utama minggu ini. USDCAD dan GBPAUD. Sebab utama adalah seperti yang diterangkan di bawah.
GBPAUD
Pada timeframe Weekly, kita dapat lihat pair ini sedang berada di paras historical low 2019 tetapi minggu lepas ia buat low yang lebih rendah berbanding low bulan sebelumnya.
Pada waktu begini biasanya retracement atau pullback akan berlaku. Akan tetapi disebabkan momentum lebih kepada turun, so risiko ia terjun masih ada.
Pair GBPAUD ni mempunyai range yang besar, so maksudnya potensi pun besar juga lah asalkan tahu mana nak masuk.
Dalam gambar adalah plan buy berdasarkan apa yang sudah diterangkan berdasarkan situasi di Weekly, iaitu dijangka akan berlaku retracement sebab dah mencecah historical low. Reentry masih akan dibuat jika logik market masih ada kecuali jika sudah break low atau closing price minggu lepas, so buy tak akan dibuat lagi lah.
USDCAD
Tahun ini menjadi tahun yang agak volatile untuk pair ini sebab ia sudah buat new high yang menyentuh semula high 2015. Ia mula menjadi downtrend apabila gagal menembusi harga tertinggi tersebut seterusnya membentuk double top di TF Weekly dan Monthly.
Lihat pada TF Weekly, kita dapat lihat secara jelas fresh new low sudah terbentuk minggu lepas. Dalam masa yang sama juga sudah menyentuh ke historical SNR dan biasanya ia akan mengulang semula history lama ini.
Bak kata pepatah, history always repeat itself!
New high berbanding 2019 dan new low juga berbanding 2019 iaitu tahun sebelumnya. So dalam keadaan ini, historical low dan SNR tahun2 lepas akan menjadi panduan untuk turning point dan juga entry point.
Plan trading adalah buy, tapi syarat-syarat buy adalah price mestilah membentuk structure dan break rule2 sell. Dalam situasi ini price mestilah pullback atas SBR 1.2773. SL area adalah di 1.2720 dan TP adalah di Low bulan lepas.
More about this strategies! Sila ke sini.
ADMIN
15/12/20
No comments:
Post a Comment