Anda pernah dengar mengenai Overbought dan Oversold? Jika belum pernah, ia adalah merujuk kepada reversal trend.
Terdapat indikator petunjuk untuk dapatkan entry overbought dan oversold ini iaitu RSI, STOCHASTIC, WILLIAM PERCENTAGE dan lain-lain..
Tapi tahukah anda, dengan melihat pergerakan naik atau turun mendadak dalam masa sehari itu juga membawa kan signal reversal overbought/oversold ini.
Syaratnya cukup mudah;
- Pergerakan lebih 200-300 pips dalam masa itu, tetapi adakalanya juga boleh mencecah hingga 400-500 pips.
- Sentuh nombor genap ataupun major SNR di TF D1 atau Weekly.
- Bounce di level itu atau berlaku 2 atau 3x retest.
Entry
Entry akan dibuat lawan arah tersebut. Namun entry cuma sekadar scalping sahaja dan tidak boleh TP yang besar.
Cutloss/SL
Sila letak SL di hujung reversal atau cutloss manual jika trend masih meneruskan perjalanan dan break high atau low di nombor genap atau SNR major tersebut.
TIPS
Walaupun matlamat utama adalah tidak menggunakan indi namun anda boleh filter atau buat double confirmation analisa anda dengan indikator overbought/oversold. Jika sudah cukup syarat untuk reversal seperti yang diterangkan di atas, anda lihat pula kepada indikator anda adakah ia juga dalam situasi yang sama. Jika YA, bermakna anda tepat dan boleh mengambil entry berdasarkan setup tersebut.
Ohya sebelum terlupa, anda boleh gunakan TF H1 ataupun H4 untuk lihat confirmation indi anda. Dalam gambar saya gunakan RSI sebab RSI ni jarang membentuk signal tak macam stochastic. Tapi dua-dua masih boleh digunakan sebagai confirmation.
Ingat, cuma confirmation, bukan mencari signal guna indi tu.
Sekian,
Semoga bermanfaat!
-ADMIN-