XAUUSD, EMAS
Emas kini berada di sekitar paras harga 1500.00 setelah berada dalam uptrend bermula dari 05 ogos lepas. Tiada new high selepas harga mencecah 1557.17 dan kini telah berlaku penurunan ke 1500.00 semula. Channel downtrend telah terbentuk namun jika dilihat berdasarkan overall trend, emas masih lagi dalam rally uptrend.Point penting untuk uptrend adalah jika price boleh break channel dan pullback atas resistance 1531.68 kerana ia adalah rintangan sebelum ini yang gagal ditembusi oleh kenaikan emas sebelum ini yang membawa kepada kejatuhannya ke 1460.00.
Harga melonjak semula ke 1500.00 dan akhirnya berjaya closed di atas paras ini iaitu di 1504.92. Trade plan adalah buy jika harga ditutup di atas 1531.00
Jika harga emas jatuh di bawah paras 1500.00, ia akan cenderung kepada sell. Lower channel akan menjadi target dan akan kembali naik jika gagal tembusinya.
GBPUSD
Pair ini masih downtrend setakat ini di mana ia telah rejected di bawah 1.2400. Entry sell akan dibuat jika harga break di bawah paras 1.2282 dengan target sekitar 1.2123. SL akan diletakkan di 1.2380.Kenaikan mungkin akan berlaku dan trade plan ini invalid jika harga menembusi trendline atas atau downtrendline dan seterusnya closed di 1.2450.
EURUSD
Pair ini masih lagi dalam downtrend walaupun pada minggu lepas berlaku retracement. Kenaikan ini berhenti di bawah harga SBR 1.0997 dan terbentuknya dua candle rejection.DTL atau downtrendline masih lagi 'hold' downtrend selagi belum break. Jika berlaku breakout maka trade plan sell adalah terbatal.
Entry sell akan dibuat jika candle isnin di TF D1 closed sebagai bearish dengan 1.0896 menjadi target profit area. SL adalah di sekitar 1.1005
Akan tetapi break DTL akan menjadi confirmation uptrend. Oleh itu trend akan berubah kepada buy.
AUDUSD
Pair ini dalam keadaan sideways namun berdasarkan minggu lepas ia telahpun rejected di kawasan support 0.6687. Trade plan adalah buy jika break DTL dengan TP di sekitar 0.6875. SL adalah di 0.6729
Tonton video analisa di bawah;
Sekian,
ADMIN
No comments:
Post a Comment