PULLBACK FOREX BLOG

Informasi | strategy | berita

  • Home
  • Broker Pilihan
    • AMARKETS
    • XM
    • VANTAGE FX
  • PRIVACY POLICY
    • PRIVACY POLICY
    • DISCLAIMER
  • MEMBER'S LOGIN
    • CSPRO SCALPING
    • PULLBACK SWINGTRADING
  • Home
  • FOREX STRATEGY
    • CANDLESTICK
    • SUPPORT RESISTANCE
    • TEKNIK ENTRY
    • REVERSAL DAN CONTINUATION
    • MONEY MANAGEMENT
  • Downloads
    • EBOOK 1
    • EBOOK 2
    • INDICATOR
  • OUR CHANNEL
    • PULLBACK YOUTUBE
    • PULLBACK TELEGRAM

Featured post

Start Your Forex Trading Career

  Embarking on a Forex Trading Career: A Comprehensive Guide The foreign exchange (forex) market, known for its high liquidity and 24-hour a...

Wednesday, 20 November 2019

PENYELESAIAN TRADING DI BROKER YANG KERAP REQUOTES


Anda trading di broker yang mempunyai masalah requotes?


Requotes boleh menjadi suatu masalah ketika hendak membuka trade mahupun menutup trade. Pergerakan terlalu cepat pasaran pada ketika anda trade memungkinkan anda berdepan dengan masalah ini.

Masalah requote ini adalah masalah broker forex yang popular(sering disebut di sana-sini) dan juga menjadi masalah trading forex yang serius terutamanya bagi scalper. Broker requotes masih wujud sehingga hari ini walaupun sudah ada broker lain yang menyediakan execution lebih pantas. Ini adalah kerana perkhidmatan deposit/withdrawal dan populariti setiap broker itu berbeza-beza. Ye la, bukanlah sepanjang masa akan berlaku requote ni. Lagipun jika urusan deposit/withdrawal sentiasa lancar, bonus deposit pun boleh tahan dan komisyen affiliate besar mustahillah ia akan lingkup.

Requotes ini sebenarnya boleh menjadi masalah kecil sahaja asalkan anda punyai strategi untuk mengatasinya. Berikut admin akan jelaskan melalui point-point di bawah.

5 penyelesaian menurut admin pullback:

1. Elakkan trade hit and run ataupun scalping profit kecil

Ada trader yang suka untuk membuat scalping ataupun hit and run untuk profit-profit kecil seperti 1 pip, 2 pip, 5 pip bahkan 10 pip tetapi trade pada lot yang besar seperti 5 USD lot, 10 USD lot... Profit anda tetap besar tetapi risiko anda lagi besar. Ini adalah kerana adakalanya agak sukar untuk menutup posisi tersebut bahkan kemungkinan anda sempat untuk rugi disebabkan requotes ini sebelum anda berjaya tutup posisi untung itu.

Anda seterusnya akan dikuasai emosi negatif dan seterusnya melakukan lagi kesalahan kerana ingin balas dendam dan membuat recovery cepat.

2. Digalakkan membuat swing trading dan close manual

Swing trading adalah penyelesaian terbaik. Dengan menetapkan target profit yang lebih besar anda mungkin tidak kisah jika requotes 'memakan' sikit profit anda kerana sukar menutup posisi profit itu. Anda mungkin menetapkan 100 pips target tetapi hanya berjaya menutup sebanyak 97 atau 95 pips. Ini masih dikira banyak berbanding target 5 pips sahaja tetapi berakhir dengan cutloss sebanyak -20 pips.

Kenapa close manual dan bukan tetapkan TP? Jawapannya adalah close manual di kawasan SNR lebih baik pada broker yang mempunyai spread yang agak besar. Jika broker anda menawarkan spread kecil, anda boleh teruskan sahaja dengan menetapkan TP. Tapi jika broker anda mempunyai spread yang agak besar, kemungkinan besar trade anda akan hit TP tetapi tidak close adalah tinggi. Oleh itu admin lebih sarankan untuk close manual. Nak close yang gerenti menjadi? Gunakanlah trailling stoploss.

3. Elakkan membuat entry ketika baru berlakunya breakout

Melihat market breakout dengan pergerakan pips yang agak banyak boleh menyebabkan anda 'tergoda' untuk menekan buy dan sell. Oleh itu jika ia berlaku sebaiknya biarkan ia bergerak dahulu kemudian nantikan retracement. Retracement pasti akan berlaku jika ia market yang terbaik untuk anda. Jika ia terus naik tinggi atau terus turun jauh, maka ini bukan market terbaik kerana berapa kali sahaja market begini berlaku dibandingkan dengan market retracement? Anda mungkin akan berakhir dengan sell low dan buy high kemudian market reversal selepas itu.

Jika anda trade retracement, anda mungkin cuma perlu tunggu confirmation sahaja, jika tiada maka abaikan atau tutup sahaja chart anda dan lihat lagi keesokannya.

4. Elakkan trade semasa news samada entry atau exit

Hampir sama dengan situasi market breakout tetapi lebih teruk. News seperti ECB Rate statement, FOMC, NFP adalah news yang berisiko tinggi berlakunya spike high dan low yang besar. Waktu ini broker requotes pasti menyukarkan untuk membuat entry dan juga menutup entry. Oleh itu sila buat entry atau menutup entry sebelum news release. Paling bagus, entry sahaja selepas news jika anda bercadang untuk membuat entry.

Pernahkah anda mendengar mengenai whipsaw? Whipsaw adalah situasi di mana ketika news berlakunya naik dan turun dalam masa yang sama. Akhirnya candle close sebagai doji. Hanya selepas 1 jam atau 2 jam kemudian selepas news barulah nampak ke mana arahnya. Jika anda trade secara hedging, anda pasti akan buy dan sell dalam satu masa tetapi tiada yang profit kecuali anda menambah risk andaikata ia trending selepas news itu.. Jika tiada, anda hanya akan kerugian sahaja(kemudian pening macamana nak tutup hedging itu).

5. Pastikan internet connection anda stabil sahaja

Masalah yang ke-5 ini pasti pernah dialami oleh trader yang duduk di kawasan yang punyai masalah sambungan internet yang tak konsisten. Adakalanya laju adakalanya perlahan. Jika pada waktu itu ada gangguan, elakkan sahajalah membuka chart atau anda bakal membazirkan modal dengan struggle untuk membuat entry yang sukar. Entry sudah sukar apatah lagi hendak close-nya.

Akhir kata...

Requote tak berlaku pada waktu-waktu selain yang disarankan di atas. Cuba trade saja pada waktu market kurang aktif, anda akan dapat execute trade tanpa masalah sekalipun.

Jika broker tersebut terlalu kerap requotes tanpa kenal masa, admin yakin ia akan gulung tikar tak lama lagi. hehehe... :)

Ok semoga 5 tips kali ini akan membantu anda memantapkan lagi skill trading anda.

Sekian dulu buat masa ini.

-ADMIN-



By nazz at November 20, 2019
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: tips

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Total Pageviews

53198

Translate


Real-Time-Chart

EURUSD Chart by TradingView

Popular Posts

  • INDIKATOR PIVOT POINT
    KLIK SINI
  • Polis tumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex dan kripto
    Kuala Lumpur: Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex GHC dan kripto dengan penahanan 10 individu termasuk dalangnya berusia 43 ...
  • Trading the S&P 500 and Dow Jones Industrial Average (DJIA)
    Foto: Freepik Trading the S&P 500 and Dow Jones Industrial Average (DJIA) can be approached in various ways, and it's important to n...
  • correlation trading strategy
    A correlation trading strategy involves taking advantage of the relationships between two or more assets, anticipating how changes in the va...
  • Start Your Forex Trading Career
      Embarking on a Forex Trading Career: A Comprehensive Guide The foreign exchange (forex) market, known for its high liquidity and 24-hour a...

Blog Archive

  • May 2024 (1)
  • January 2024 (1)
  • December 2023 (3)
  • February 2023 (1)
  • December 2020 (3)
  • November 2020 (2)
  • September 2020 (1)
  • August 2020 (3)
  • July 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • January 2020 (5)
  • December 2019 (16)
  • November 2019 (6)
  • October 2019 (2)
  • August 2019 (1)
AMarkets

Hubungi Kami | Contact Us

Name

Email *

Message *

Copyright © 2025 PULLBACK FOREX BLOG | Powered by Blogger
Design by Hardeep Asrani | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates