PULLBACK FOREX BLOG

Informasi | strategy | berita

  • Home
  • Broker Pilihan
    • AMARKETS
    • XM
    • VANTAGE FX
  • PRIVACY POLICY
    • PRIVACY POLICY
    • DISCLAIMER
  • MEMBER'S LOGIN
    • CSPRO SCALPING
    • PULLBACK SWINGTRADING
  • Home
  • FOREX STRATEGY
    • CANDLESTICK
    • SUPPORT RESISTANCE
    • TEKNIK ENTRY
    • REVERSAL DAN CONTINUATION
    • MONEY MANAGEMENT
  • Downloads
    • EBOOK 1
    • EBOOK 2
    • INDICATOR
  • OUR CHANNEL
    • PULLBACK YOUTUBE
    • PULLBACK TELEGRAM

Featured post

Start Your Forex Trading Career

  Embarking on a Forex Trading Career: A Comprehensive Guide The foreign exchange (forex) market, known for its high liquidity and 24-hour a...

Wednesday, 20 November 2019

TIPS CARA MUDAH FOREX TRADING


Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini...

Berikut admin ingin kongsikan kepada pembaca sekalian 5 tips cara trading forex paling profit dan teknik forex paling berkesan.

1. Pilih satu jenis entry sahaja

Cara paling mudah untuk trading adalah dengan memilih satu jenis entry sahaja iaitu, buy sahaja ataupun sell sahaja. Dengan memilih satu jenis entry untuk seminggu atau sebelum, ia dapat membantu anda memudahkan anda membuat keputusan bilakah waktunya yang sesuai untuk membuat entry. Jika anda memilih buy dan sell, ia bukan sahaja memeningkan kepala malah apabila berada dalam keadaan salah, anda akan berdepan dengan kekeliruan dan kesalahan yang banyak kerana buy salah, sell pun salah.

Analisis price action di timeframe yang lebih besar seperti Weekly ataupun Monthly boleh membantu anda merancang adakah perlu trade buy sahaja atau sell sahaja untuk seminggu ataupun sebulan tersebut. Ia bukanlah mustahil jika anda dalam satu trend yang kukuh, tak percaya? silakan semak chart anda.

2. Masuk trade pada 3 hari atau 2 hari terakhir dalam minggu tersebut

Market adakalanya tidak menentu terutamanya hari isnin dan selasa. Adakalanya berlaku pergerakan aktif, adakalanya cuma sideways. Tetapi selepas 2 hari dan 3 hari berlalu, biasanya arah market sudah kelihatan samada ia akan naik atau turun. Jika sideways juga anda boleh nampak dengan jelas ia tidak menembusi resistance dan support dalam 2-3 hari terdahulu. Jika breakout berlaku pada khamis, maka itulah arahnya walaupun naik turun 3 hari sebelumnya mencecah lebih 100 pips dalam sehari.

3. Trade single pair sahaja

Pening kepala nak trade banyak pair? Tak perlu buat demikian kalau anda tidak mahir menguruskan entry-entry tersebut. Ini kerana ia sangatlah berbahaya jika market dalam volatility tinggi dengan pergerakan naik turun yang besar. Akaun boleh margin call dalam masa yang singkat sahaja. Oleh itu ambillah satu pair dan fokus sahaja pair tersebut. Ia lebih mudah dan membantu anda fokus.

4. Jangan trade news semasa news

Masih terpedaya dengan pergerakan besar news dan percaya anda mampu ambil peluang tersebut? Jangan mimpilah jika broker anda jenis yang requote, lambat execute dan widen spread. Anda takkan dapat peluang tersebut walaupun price gerak 200 pips waktu tersebut. Penyelesaian? Trade-lah selepas news tersebut. Biasanya 1 jam atau 2 jam kemudian akan nampak arahnya malah anda boleh manfaatkan lebih baik reversal selepas news tersebut ini kerana trader yang masuk instant semasa news spike bakal terkena reversal jika arah market cuma bersifat sementara dan sebenarnya hendak reverse. Oleh itu, reversal akan berlaku selepas news dan waktu inilah anda bakal mendapat profit yang besar. Jika tiada reversal, elakkan trade sahaja.

Anda boleh semak news release di www.forexfactory.com

5. Buat perancangan teliti sebelum trading(berdasarkan 4 point di atas).

"Plan your trade and trade your plan!" Ini pepatah yang popular dikalangan trader tapi sejauh mana anda faham membuat perancangan ini?

Buat perancangan menurut admin adalah meliputi 5 perkara di bawah;

1. Plan trade untuk seminggu itu pada hari sabtu atau ahad sebelumnya.
2. Pilih satu single entry sahaja dan hanya trade ikut teknik entry berkaitan.
3. Rancang berapa risk yang hendak diletakkan.
4. Pilih pair yang sedang trending
5. Tetapkan target profit


1. Plan trade lebih awal pada sabtu/ahad
- Buat analisa teknikal pada hari sabtu atau ahad agar dapat fokus kerana market tidak bergerak oleh itu anda dapat mengelakkan diri dari membuat entry mahupun cuba meneka ke mana arah pasaran. Plan ini adalah untuk menentukan adakah akan buy atau sell sahaja minggu hadapannya.

Pastikan bilakah news merah akan keluar dalam minggu itu jika ada dan apakah pair yang berkaitan. Cara ini boleh membantu anda merancang terutamanya adakah perlu elakkan trade hingga news release atau masuk trade selepas news tersebut atau mungkin abaikan sahaja dan trade pada esoknya.

2. Pilih 1 jenis entry sahaja
- Tak perlu pening nak fikir di price mana nak sell dan buy balik. Ambil 1 entry dan fokus sahaja teknik-teknik entry yang sama dengan pilihan itu. Contohnya buy sahaja, maka anda boleh entry buy apabila breakout resistance atau buy jika berlaku retracement kemudian terbentuk rejection.

3. Rancang berapa risk yang hendak diletakkan
- Merancang berapa risk yang sanggup anda kerugian akan membantu anda entry dengan konfiden serta bebas dari stress. Ia akan membantu anda untuk lebih mudah profit kerana tiada rasa takut untuk salah dan seterusnya membolehkan anda mendapatkan entry yang lebih baik setiap kali peluang itu muncul. Trader yang was-was biasanya akan lewat entry dan apabila profit akan cepat-cepat close.

4. Pilih pair trending sahaja
Terdapat banyak pair utama dan cross ditawarkan oleh hampir semua broker baru dan lama. Oleh itu jika anda lihat pair kegemaran anda tidak trending tetapi masih mahu trade, cari saja pair lain. Tiada cara yang lebih baik untuk trade jika pair tersebut tidak trending maka trade bagaimana sekalipun ia tak akan membantu anda sukses malah akan bertambah kerugian sahaja.

Memilih pair trending, akan memudahkan anda trading pada 3 hari terakhir pada minggu itu kerana pair trending ini jika ia sideways dalam 2 hari awal minggu iaitu isnin dan selasa, biasanya rabu, khamis dan jumaat ia akan bergerak trending dengan baik.

5. Tetapkan target
Trading perlukan matlamat. Anda perlu tetapkan matlamat profit iaitu samada hendak mencapai 1% ataupun 10% dalam seminggu itu. Selain menetapkan dalam percent, anda juga boleh tetapkan untuk mencapai dalam amaun tertentu seperti 100 USD ataupun 1K USD. Cara ini akan membantu anda untuk berhenti selepas matlamat tercapai bagi mengelakkan overtrade dan terlalu over-trading.

Trader yang tiada matlamat dan tidak tahu untuk berhenti adalah trader yang selalunya struggle dengan masalah emosi, tamak dan takut.

Bagaimana jika matlamat tidak tercapai? Jangan risau, jika anda sudah merancang risiko anda, maka sasaran yang tidak tercapai bukanlah sesuatu tekanan kepada anda. Apa yang anda perlu buat adalah cuba lagi di minggu yang akan datang.:)

Sekian dulu buat masa ini.

-ADMIN-


By nazz at November 20, 2019
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: artikel, tips

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Total Pageviews

53106

Translate


Real-Time-Chart

EURUSD Chart by TradingView

Popular Posts

  • Start Your Forex Trading Career
      Embarking on a Forex Trading Career: A Comprehensive Guide The foreign exchange (forex) market, known for its high liquidity and 24-hour a...
  • Trading the S&P 500 and Dow Jones Industrial Average (DJIA)
    Foto: Freepik Trading the S&P 500 and Dow Jones Industrial Average (DJIA) can be approached in various ways, and it's important to n...
  • Polis tumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex dan kripto
    Kuala Lumpur: Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex GHC dan kripto dengan penahanan 10 individu termasuk dalangnya berusia 43 ...
  • INDIKATOR PIVOT POINT
    KLIK SINI
  • correlation trading strategy
    A correlation trading strategy involves taking advantage of the relationships between two or more assets, anticipating how changes in the va...

Blog Archive

  • May 2024 (1)
  • January 2024 (1)
  • December 2023 (3)
  • February 2023 (1)
  • December 2020 (3)
  • November 2020 (2)
  • September 2020 (1)
  • August 2020 (3)
  • July 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • January 2020 (5)
  • December 2019 (16)
  • November 2019 (6)
  • October 2019 (2)
  • August 2019 (1)
AMarkets

Hubungi Kami | Contact Us

Name

Email *

Message *

Copyright © 2025 PULLBACK FOREX BLOG | Powered by Blogger
Design by Hardeep Asrani | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates