KENAPA MESTI TAK PERLU NAK SAMA ENTRY MACAM ORANG TRADER LAIN?
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua pembaca blog sekalian..
Antara masalah utama yang sering bermain dalam fikiran kita adalah adakah pilihan entry kita tepat? Adakah betul analisis kita? Adakah betul marking dibuat dan adakah betul untuk buy dan sell pada ketika kita trading? Paling teruk, nanti apa pula orang akan kata kalau kita tersalah entry? Entah-entah akan diketawakan dan dijadikan bahan lawak.
Risau atau takut melakukan kesalahan dalam trading merupakan masalah psikologi seseorang trader itu.
Perasaan ini sebenarnya hanya membawa kepada kesalahan demi kesalahan disebabkan takutnya dikritik atau takutnya tidak menghasilkan profit. Kritik dan juga risau melakukan kesalahan sebenarnya berpunca dari berforum atau berkongsi-kongsi pendapat dengan trader lain. Sebab tu lah ada trader yang memilih untuk menjadi silent bukan kerana kedekut ilmu tetapi sebenarnya nak lebih fokus. Trading secara sendirian boleh mengelakkan semua masalah di atas kerana tiada siapa akan tahu untung dan rugi yang dibuat.
BERFORUM ITU SALAH ATAU BETUL?
Jika anda trader baru yang masih nak belajar atau melihat bagaimana trader lain membuat analisis dan trading, anda boleh gunakan peluang ini untuk belajar secara live. Tapi berforum itu salah jika anda seorang yang sudah mahir selok-belok trading tetapi masih mahukan pendapat orang lain untuk membuat keputusan. Ini adalah salah!
PEMBENTUKAN TREND ADALAH DARI BUY DAN SELL MAJORITI DAN MINORITI
Jika kesmua trader memasuki buy, takkan sekali berlaku penurunan begitulah sebaliknya. Disebabkan forex ini pasaran aktif dengan 5 trillion dollar sehari dan trader membuat untuk dari buy dan sell, maka market ini akan terbentuk berdasarkan aktiviti tersebut. Sudah tentu, untuk membentuk downtrend, perlulah majoritinya sell dan untuk uptrend, majoriti juga perlu buy.Dalam proses trend ini terbentuk, akan ada retracement-retracement kecil hasil dari profit taking dan juga trader yang membuka posisi lawan arah tersebut. Akan tetapi trend kembali ke arah asal apabila suatu volume besar mula memasuki pasaran dan mengubah arah pasaran tersebut kepada arah asalnya.
Majoriti akan membentuk trend dan minoriti akan membentuk retracement.
TAK PERLU RISAU JIKA SALAH
Tak perlu risau jika salah bukan sebab ada trader lain juga yang akan salah. :)Tetapi tak perlu risau sebab lambat laun akan dapat juga entry yang tepat. Yang penting kekalkan teknik yang digunakan dan jangan ubah-ubah strategi anda.
Untuk situasi di atas, katalah ada dua jenis trader;
- Trader A - Memilih untuk sell sahaja kerana trader A mengikuti trend terdahulu iaitu downtrend.
- Trader B - Memilih untuk buy kerana trader B mula melihat trend baru iaitu uptrend lalu hanya memfokuskan kepada buy sahaja.
Trader A:
- Trader A membuat entry sell berdasarkan rule SNR. Hanya akan membuat sell ketika terbentuknya sell signal.
Trader B
- Trader B akan membuat buy, Entry buy adalah di kawasan bertanda biru.
Trader B sukses menghasilkan profit dari entry yang dibuat. Sama keadaan dengan trader A yang berjaya profit untuk entry dibuat.
Dari sudut risiko, admin boleh simpulkan seperti berikut;
- Trader A akan kerugian apabila sell di point entry Trader B
- Trade B akan kerugian apabila buy di point entry Trader A
Akan tetapi...
- Trader A akan mula profit dan cover loss apabila trend kembali downtrend
- Trader B akan mula profit dan cover loss apabila trend kembali uptrend
Dua-dua trader ini sukses dan juga kerugian pada waktu tertentu apabila trend tidak mengikut arah yang dipilih.
Lihat contoh lain di bawah:
Lihat contoh lain di bawah:
Berdasarkan trend semasa USDCAD di atas, trend adalah naik. Maka plan adalah buy.
Entry buy dibuat berdasarkan trend itu. Dengan swing low terdekat sebagai Stoploss.
Trade buy ini stopout akibat price yang jatuh teruk. Akan tetapi ini tak bermakna anda di posisi yang salah kerana dalam penurunan pasti akan ada kenaikan. Oleh itu anda hanya perlu kekal dengan strategi anda.
Re-entry buy dibuat apabila signal buy terbentuk di kawasan support terdekat. Lihat hasilnya di bawah;
Hasilnya price naik semula selepas hit support lepas.Trade ini exit pada SBR terdekat. Reason kenapa menjadikan SBR sebagai TP atau exit point adalah kerana kejatuhan yang berlaku sebelum ini sebagai petanda kemungkinan besar trend berubah arah. Trade plan masih buy tetapi faktor lain juga diambil kira tetapi bukan bertujuan untuk tukar plan tetapi sebaliknya untuk 'stay away' ataupun untuk reentry lagi. Dalam situasi ini tiada sebab untuk reentry buy kerana stuktur adalah dalam sell.
Lihat gambar seterusnya;
USDCAD jatuh lebih 100 pips selepas hit TP. Walaupun ia kelihatan seakan potensi besar untuk untung, tetapi ia bukan sentiasa akan berlaku seperti itu kerana boleh jadi sahaja ia akan naik semula.
Oleh itu sebagai trader yang tetap dengan trading plan, apa yang perlu ada dalam minda anda adalah reentry buy jika break SBR itu dan bukannya memikirkan untuk sell jika tidak break.
Sabar, disiplin dan stick to the plan akan banyak membantu trader itu kembali dalam trading asalkan betul-betul sabar menunggu entry. Trader yang emosi pasti sudah menukar plan dan mengejar trend baru itu. Apa yang berlaku adalah semakin banyak kesalahan dibuat dan kerugian makin meningkat. Bukan pula recover loss tapi menambah loss.
APA YANG MUNGKIN TRADER LAIN BUAT KETIKA DALAM SITUASI DI ATAS?
Boleh jadi saja pada waktu anda no trade itu trader lain sedang membuat sell, sama situasi seperti trade A dan B yang diterangkan sebelum ini. Anda melihat kepada buy, dalam masa yang sama trader lain melihat peluang sell.
Dalam proses melatih diri menjadi seorang yang berdisiplin, akan ada masanya anda hanya perlu membiarkan market melakukan pergerakan-pergerakan yang boleh menjadi peluang anda menjana profit besar. Tetapi percayalah, itu adalah kebanyakan trader buat dan fikirkan dan trader-trader ini bukanlah yang konsisten dalam trading mereka. Mereka masih struggle untuk konsisten dan sering risau terlepas peluang. Anda perlu berada di peringkat yang lebih tinggi dari mereka ini. :)
Dalam proses melatih diri menjadi seorang yang berdisiplin, akan ada masanya anda hanya perlu membiarkan market melakukan pergerakan-pergerakan yang boleh menjadi peluang anda menjana profit besar. Tetapi percayalah, itu adalah kebanyakan trader buat dan fikirkan dan trader-trader ini bukanlah yang konsisten dalam trading mereka. Mereka masih struggle untuk konsisten dan sering risau terlepas peluang. Anda perlu berada di peringkat yang lebih tinggi dari mereka ini. :)
APA YANG ANDA PELAJARI DARI SITUASI INI?
Tidak perlu sama dengan apa yang trader lain buat. Jika anda terlihat ada trader yang membuat buy, belum tentu trader itu tepat.Inilah sebabnya kenapa perlu dielakkan berforum atau bertukar-tukar pendapat semasa live trading. Kecuali anda seorang newbie yang baru hendak belajar.. Itu pun masih berisiko untuk membuang masa jika anda bukan seorang yang cepat belajar.
TAKUT LOSS? BANK PUN PERNAH LOSS JUGA...
Andaikata anda masih takut untuk salah dalam membuat keputusan, kena ingat peristiwa George Soros yang telah membuat Bank Of England kerugian besar suatu masa dahulu.Hasilnya beliau menjana untung besar lebih 1 billion dollar akibat trading tersebut.
Anda boleh baca di sini > https://www.thebalance.com/black-wednesday-george-soros-bet-against-britain-1978944
Quote menarik dari beliau adalah seperti berikut;
BTW, di Malaysia, kita menggelar beliau sebagai penyangak matawang kerana menyebabkan krisis matawang di Asia pada tahun 1997 dahulu. Sila ke pautan ini untuk membacanya.
Oklah,
Semoga artikel ringkas ini akan memberikan motivasi kepada anda dan seterusnya membantu anda untuk menjadi trader yang lebih baik selepas ini.Sebelum mengakhiri artikel ini, admin kongsikan lagi quotes dari penyangak matawang ini.. hehehe...
Salam kejayaan!
Sekian,
ADMIN