KENAPA PERLU IKUTI APA YANG DILIHAT DAN BUKAN YANG DIFIKIR DAN TIPS UNTUK MENGHADAPINYA
Serik dengan loss dan terkena entry price reversal adalah punca kenapa ada sesetengah trader akan membuat tekaan sendiri yang melawan arah pada ketika itu dan bukannya mengikuti arah tersebut.
Takut akan tersalah arah, kita akan mula berfikir dahulu dan kemudian entry lawan arah. Ini ditambah pula dengan signal lawan arah yang terbentuk pada waktu yang sama menambah lagi keyakinan untuk entry lawan arah.
Tahukah anda semakin lama anda merenung chart, semakin banyak yang anda akan fikir untuk buat termasuk mengubah posisi betul kepada salah dan menambah-nambah entry salah sebab tak mahu terima kerugian?
Picking top dan bottomTahukah anda semakin lama anda merenung chart, semakin banyak yang anda akan fikir untuk buat termasuk mengubah posisi betul kepada salah dan menambah-nambah entry salah sebab tak mahu terima kerugian?
Pada waktu ini, ia lebih dikenali sebagai 'picking top' dan juga 'picking bottom' iaitu price turun kemudian buy dibuat atau ketika naik, sell dibuat walhal ia akan naik lagi atau turun lagi.
Sistem pertahanan yang perlu ada pada anda
Masuk buy, float turun ke SL, cutloss buy kemudian tukar kepada sell. Masuk sell, price naik ke SL kemudian cutloss sell tukar kepada buy.
Pernahkah anda melalui situasi di atas? Jangan malu untuk mengakuinya kerana admin akui admin juga melalui keadaan yang sama sewaktu proses belajar dahulu. Inilah pembelajaran penting untuk mengenal-diri dan mencari kelemahan untuk diperbaiki. Oleh itu admin faham kenapa ia dilakukan seperti itu. Antara faktor utamanya adalah;
- Tak yakin entry
- Takut salah/loss
- Takut terlepas peluang entry
- Tidak mahu mengaku kalah dan masih mahu sentiasa betul
Untuk melalui semua ini dengan yakin dan tenang tanpa ada perasaan takut, kurang yakin mahupun tidak mahu mengalah untuk rugi, anda perlu perbetulkan minda anda dan terima semua ini sebagai sebahagian dari perniagaan dan bukan perjudian untuk sentiasa menang. Untuk sentiasa menang itu adalah mustahil kerana dalam dunia professional trading bukanlah 99% itu bagus tetapi bagaimana untuk lebih banyak tepat berbanding salah itulah yang bagus. Ini bermakna, salah itu akan ada, dan rugi juga akan ada.
Anda perlu sistem pertahanan yang membolehkan anda kebal dari 4 perkara yang menyumbang kepada mengikuti apa yang anda fikir dan bukannya yang anda lihat.
Mempunyai sistem pertahanan bermaksud anda sudah boleh elakkan dan mengurangkan dari membuat kesilapan dalam trading.
Poin penting adalah berikut;
- Tahu arah utama
- Tahu limitasi trend itu
- Tahu apa ciri-ciri atau syarat untuk salah
- Tahu untuk berhenti
Tahu arah utama
Ini merupakan asas paling utama dalam trading tak kiralah saham, komoditi atau index apatah lagi forex. Trend is your best friend! Oleh itu ikutilah trend dan bukannya lawan trend. Trend utama adalah trend di timeframe yang lebih besar. Semakin trending maka semakin baguslah trend itu.
Tahu limitasi trend itu
Walaupun kita tidak tahu bilakah trend akan berubah atau berakhir, yang penting kita tahu adakah kita dipenghujung atau bukan. Untuk tahu dipenghujung, maka lukislah SNR di timeframe yang lebih besar seperti D1, Weekly atau Monthly. Perhatikan trend semasa, adakah sudah sampai ke SNR ini atau belum. Jika sudah sampai, maka ia mungkin dipenghujung. Oleh itu tunggu ia rejected ataupun break, kemudian barulah ikuti arah tersebut.
Tahu ciri-ciri atau syarat untuk salah
Ia nampak susah tapi sebenarnya tidak. Ini kerana, sebagai contoh, anda trade berdasarkan candlestick signal dan anda membuat entry buy atas support setelah candle bullish hammer terbentuk. Maka syarat untuk salah sudah pastilah jika candle selepas hammer itu break dan closed di bawah hammer tersebut. Oleh itu anda dikira sebagai silap/ Oleh itu jika silap, maka exitlah trade tersebut.
Tahu untuk berhenti
Poin terakhir ini adalah segala-galanya. Tiada guna jika anda tidak mahu mengalah tetapi hakikatnya anda tetap salah dan market sentiasa betul. Ada masanya kita perlu mengaku kalah, berhenti seketika dan kembali apabila keadaan sudah OK. Berhenti bukanlah maksudnya anda sudah putus-asa atau tidak mahu bangkit semula tetapi berhenti sebab nak perbaiki strategi anda.
Ada masanya memang market ini sudah diluar dari jangkaan dan sukar untuk mendapatkan entry yang bagus. Oleh itu, itulah tanda sebenarnya anda perlukan rehat dan menyusun semula strategi untuk kembali lebih baik nanti.
Kesan mengabaikan kesemua poin di atas
Kesannya tak lain adalah anda akan bergelut dengan jangkaan arah mengikut perasaan, entry ikut perasaan dan sering bersusun-susun loss hinggalah akaun anda margin call. Hakikatnya anda atau sesiapa sekalipun takkan mungkin dapat kalahkan market ini. Apa yang perlu sebenarnya adalah ikuti saja ke mana market ini pergi dan itulah caranya untuk menang.
Sekiranya anda tidak tahu arah utama di timeframe besar, anda akan sering meneka arahnya dengan cutloss entry salah dan tukar kepada entry lain walhal entry awal itu adalah betul
Anda akan sering pick top untuk sell dan pick bottom untuk buy sebab 'rasa-rasa' ia akan reversal di situ walhal tidak.
Anda tidak tahu anda sebenarnya salah, maka anda hold floating loss anda hingga ke margin call.
Tidak tahu berhenti, anda terus membuat deposit, entry ikut emosi, beli semua panduan nota, ebook, masuk kelas dan berbelanja ribuan ringgit untuk semua tujuan itu tetapi anda sebenarnya tidak ke mana-mana hinggalah anda sedar bahawa basic yang anda pelajari itu, itulah jawapan yang anda perlukan. WHY? Kerana pada ketika anda sedar ini, market sebenarnya sudah kembali normal dan anda sudah boleh kembali profit semula.
Sekian,
ADMIN
24/12/19
24/12/19